Anak Lan Solo Pula Jadi Mangsa Diejek Kerana Bibir Sumbing.. Kenapa Sampai Macam tu..

Share:


Lan Solo baru sahaja menimang baby baru pada bulan Februari yang lalu.

Isteri Lan, Nur Sheila Hassim telah selamat melahirkan bayi keempat mereka pada 24 Februari lalu di Pusat Perubatan Rampai Puteri, Kuala Lumpur.

Namun, penyanyi ini membuat pendedahan bahawa anak keempatnya itu yang diberi nama Nur Amna Quxandra telah menjadi mangsa buli siber apabila ada segelintir pengikutnya di Instagram mengejek masalah sumbing bayi itu.

Lan yang merupakan bekas vokalis kumpulan Kristal menyatakan walaupun perkara itu tidak patut dilakukan namun dia mengambil pendekatan untuk membiarkannya kerana hanya beberapa sahaja netizen kurang ajar yang melemparkan kata-kata kurang enak tersebut.

Ini pendedahan dari Lan Solo:

"Memang ada yang mengejek anak saya tapi apabila saya semak profil mereka saya dapati individu yang komen itu masih budak sekolah.
 

"Jadi saya biarkan sahaja kerana menganggap mereka masih belum matang tambahan pula hanya sedikit sahaja yang melemparkan kata-kata tidak elok"

Lan Solo telah berkongsi wajah anaknya yang baru dilahirkan di laman media sosial dan dikatakan tindakannya berkongsi tentang Quxandra di Instagram mendapat pujian dari para netizen.

Netizen menyifatkan tindakan itu membuka mata orang ramai tentang masalah sumbing atau (cleft lip) dalam kalangan bayi yang baru dilahirkan.

Kata Lan, ramai pengikutnya yang melalui masalah sama berkongsi pengalaman dan pelbagai panduan dengannya.

Ini cerita Lan lagi:

"Ramai puji apabila saya sering berkongsi tentang Quxandra mungkin kerana sebelum ini ada yang malu untuk bercakap mengenainya.
 

"Apabila ramai beri sokongan dan berkongsi cerita saya dan isteri pun jadi lebih tenang malah ada persatuan untuk kanak-kanak yang mengalami masalah sumbing.
 

"Mereka juga banyak bantu saya terutama hal-hal berkaitan pembedahan anak saya nanti,"

Bercakap mengenai perkembangan anaknya itu, Lan berkata, Quxandra dijadualkan menjalani pembedahan bagi mencantumkan bahagian sumbing pada 31 Mei depan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ddoktor memberitahu anaknya tidak perlu menunggu sehingga berat badannya mencecah lima kilogram untuk pembedahan kerana masalah sumbing dialaminya tidak serius.

Ini perkongsian dari Lan tentang anaknya:

"Selepas pemeriksaan dilakukan baru-baru ini sumbing anak saya hanya terpisah di bahagian bibir dan keadaannya juga tidak serius.
 

"Doktor beritahu dia sesuai untuk jalani pembedahan tanpa perlu menunggu berat badannya naik cuma seminggu sebelum pembedahan dia tidak boleh demam dan keadaannya perlu sihat"

Untuk pengetahuan, Lan dan isterinya Sheila berkahwin pada 6 Disember 2009.

Selain Quxandra mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, 6 tahun, Nur Amna Qeesyara, 4 tahun dan Muhammad Akid Qassyaff, 3 tahun.

Sumber: mStar

Tiada ulasan