Anjing Bodoh! Gelaran Ara Johari

Share:


Ketika ini filem paling meletup di pawagam adalah filem Avengers Infinity War yang merupakan francais filem keluaran Marvel Studio.

Memang ramai yang berpusu-pusu ke pawagam untuk menyaksikan filem epik ini.

Namun dek keraan teruja, ada yang sanggup melanggar peraturan dengan merakam keadaan di dalam panggung wayang untuk dipaparkan di media sosial.

Antara yang membuat sedemikian adalah penyanyi sedang meningkat naik iaitu Ara Johari.

Apabila memuat naik rakaman filem Avengers: Infinity War di InstaStory di Instagram miliknya, penyanyi ini teruk menerima kritikan dan kecaman dari para netizen.


Ara Johari mengakui berasa tertekan apabila menerima kecaman netizen gara-gara kesilapannya itu.

Pemilik nama sebenar Nurfarrah Izzatie Johari,  berkata, sukar baginya menerima teguran sesetengah netizen yang menggunakan perkataan kesat terhadapnya hanya kerana kesilapan dilakukan.

Ini komen Ara Johari:

"Memang tertekan juga sebab pertama kali kena kecam teruk macam ni. Saya tak dapat nak terima apabila ada menggunakan kata-kata kesat.

"Saya tak kisah kalau hendak tegur atau nasihat tetapi panggil saya anjing dan bodoh sehingga melibatkan karier seni saya itu keterlaluan.

"Tegurlah cara baik dan guna perkataan yang lebih sesuai,"


Ara diminta mengulas tentang tindakannya memuat naik rakaman beberapa saat babak dalam filem tersebut di laman sosialnya pada Jumaat lalu.

Akibat rakaman tersebut, penyanyi berumur 21 tahun ini telah menerima kecaman netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakannya yang seolah-olah membocorkan jalan cerita filem itu.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Bunga itu mengakui kesilapannya dan memohon maaf.

Sementara itu, Ara Johari bekata, dia akan lebih berhati-hati dalam meuat naik sesuatu perkara di laman sosial agar kejadian sama tidak berulang lagi.

Ini jelasnya lagi:

"Saya akui tindakan itu salah dan saya minta maaf kepada semua pihak terlibat. Saya tak sangka perkara ini boleh jadi isu besar.

"Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati nak muat naik sesuatu di media sosial,"


Sebelum ini, pihak Golden Screen Cinemas (GSC) pernah meluahkan kekecewaan terhadap golongan yang suka merakam dalam panggung wayang dan memuat naik di laman sosial.

Sikap tidak bertanggungjawab itu dakwa GSC boleh menyebabkan penerbit filem terutamanya dari peringkat antarabangsa tidak lagi mempercayai pihak mereka.

Semoga kejadian ini menjadi ikhtibar buat semua.


Sumber: mStar

Tiada ulasan