Home Top Ad

Responsive Ads Here

"Apa Motif Dia.." - Elizabeth Tan Tak Faham, Tempelak Tindakan Fathia Latiff

Share:

Memang macam-macam hal Fathia Latiff ni. Satu demi satu tindakannya menjadi bualan ramai.


Yang terbaru, hari ini, Fathia Latiff telah memuat naik satu foto yang menjadi viral. Fathia telah upload foto Elizabeth Tan dan juga Zul Ariffin di laman IG miliknya.


Apa yang menjadi perhatian ialah caption yang ditulis oleh Fathia menerusi foto berkenaan yang dikatakan boleh mencetuskan spekulasi.

Ini caption dari Fathia Latiff: "They look so cute together omg! Dear @zul_ariffin pls take good care of this lil’cute angel trust me she's an angel". Itulah yang ditulis oleh Fathia dengan diikuti dengan emoji tanda senyum.



Memberi respon tentang hal ini, penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan mengakui dia tidak tahu apa motif dan tindakan Fathia Latiff yang bertindak memuat naik gambar dia bersama Zul Ariffin.

Elizabeth Tan yang lebih mesra dengan panggilan Lizzy ternyata terkejut dengan posting berkenaan dan hanya mengetahui hal tersebut menerusi rakan media.

Ini komen Elizabeth Tan tentang tindakan Fathia Latiff itu:

"Saya tidak tahu apa motif dia muat naik gambar saya dan zul? 

"Rasa kelakar pun ada. Mengapa dia buat tindakan sedemikian kerana kami tidak pernah berjumpa. Kalau ada, dia pernah hubungi saya untuk berbincang mengenai sesuatu tahun lepas.

"Saya tak marah, cuma rasa pelik dan kelakar. Apa pun, saya doakan yang terbaik untuknya"


Apabila ditanya adakah ada wujud perasaan cinta dengan Zul Ariffin , Elizabeth Tan secara jujur mengakui dia tidak meyimpan apa-apa perasaan terhadap pelakon tersebut.

Ini jelasnya lagi;

"Tiada apa-apalah. Fokus saya pun sekarang hanyalah pada kerjaya seni saja. Gambar itu diambil ketika di set filem Misteri Delaila. Dalam filem berkenaan, kami mendukung watak sebagai suami isteri"

Dikatakan penggambaran filem tersebut masih lagi berbaki selama beberapa hari saja lagi.

Bagaimanapun, gambar tersebut sudah pun dipadam daripada Instagram milik Fathia Latiff beberapa jam selepas ia dimuat naik.

Sumber: Media Hiburan

No comments