Apa Motif Fathia Latiff? - Sufian Suhaimi

Share:

Penyanyi yang kini amat popular iaitu Sufian Suhaimi sekali lagi mengulas apabila Fathia Latiff menyanyi cover lagunya yang berjudul Di Matamu.

Pelaon yang kini sedang cuba dalam proses untuk mencipta nama sebagai penyanyi iaitu Fathia Latiff telah menukar lirik lagu Di Matamu malah telah tag dan mengaitkan nama bekas tunang Sufian Suhaimi, Elfira Loy.

Sufian Suahimi dilihat tidak mahu memanjangkan isu ini namun mempersoalkan motif Fathia latiff tag Elfira Loy.

Penyanyi berumur 26 tahun ini berkata dia tidak tahu apa tujuan dan niat sebenar tindakan aktres tersebut namun berharap ia tidak ada kena mengena dengan hal peribadinya.

Ini komennya:

"Saya ada tengok muzik video lagu balas Di Matamu nyanyian semula Fathia yang dah diubah lirik.

"Bagi saya, tak ada masalah untuk dia nak ubah lirik lagu tersebut. Tapi apa motif dan niat dia 'memetik' (mengaitkan) nama individu tersebut, saya tak tahu.

"Tak ada isu pun bab itu. Tapi saya berharap ia tidak ada kena mengena dengan hal peribadi saya"


Sufian ditemui ketika sidang media Malaysia Floor Pattern Sport Dance Competition 2018 di Bilik Seri Nilam, Istana Budaya, di sini pada Khamis.

Penyanyi itu diminta mengulas mengenai tindakan Fathia yang mengaitkan nama bekas tunan Sufian iaitu Elfira di laman Twitter miliknya pada Sabtu lalu.

Fathia Latiff sebelum ini ada memberi  reaksin bahawa dia langsung tiada niat hendak mengambil kesempatan atas kisah putus tunang antara Sufian Suhaimi dan juga Elfira Loy.

Dalam perkembangan lain Sufian Suhaimi telah meluahkan rasa teruja bakal membuat persembahan pertama di Istana Budaya.

Baru dua tahun dalam industri tetapi Sufian diberipeluang untuk membuat persembahan di lokasi yang berprestij ini.

Selain Sufian, malam separuh akhir Malaysia Floor Pattern Sport Dance Competitions 2018 (MFPSDC2018) ini bakal dimeriahkan dengan persembahan daripada Syamel, Erni Zakri dan As’ad Motawh.

Pertandingan yang berkonsepkan keindahan dan kreativiti tarian joget serta zapin itu akan diadakan pada 8 Mei hingga 12 Mei depan.

Sumber: mStar

Tiada ulasan