Awi Rafael Tak Sesuai Masuk Gema Gegar Vaganza, Ini Jawapannya Yang Ramai Tak Tahu..

Share:
 
Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2) telah membuka tirai menerusi konsert sulungnya pada Sabtu lalu.

Tampilkan 11 peserta yang terdiri daripada 6 peserta berkumpulan dan 5 peserta solo, GGV janjikan persaingan lebih sengit untuk musim ini

Peserta yang terdiri daripada enam peserta berkumpulan iaitu Brothers, Devotees, InTeam, Mestica, Rabithah serta Heliza Dan Hazwani (pasangan duo) dan lima peserta solo iaitu Adeep Nahar, Awi Rafael, Farah Asyikin, Fitri Haris dan Ippo Hafiz.

Setelah minggu pertama berlangsung, ada pertikaian mengenai relevannya pemilihan penyanyi Awi Rafael sebagai salah seorang peserta kali ini.

Antara komen dari para netizen ialah:

"Motif Awi Rafael masuk GGV musim kedua?"
"Dah kenapa ada Awi Rafael??"

Menjawab persoalan terbabit, Awi memberitahu penyertaannya dalam GGV2 merupakan langkah optimum untuk penghijrahannya tahun ini.

Ini komen Awi Rafael:

"Saya mahu berhijrah daripada segi peribadi dan kerjaya seni, tahun 2018 adalah waktu terbaik buat saya.

"Selepas lagu Manusia Sempurna (duet Ayai Ilusi) dilancarkan, saya mendapat maklum balas yang positif daripada peminat dan meminta agar saya meneruskan perjuangan menghasilkan lagu-lagu bersifat ketuhanan dan kerohanian.

"Insya-Allah dengan menyertai GGV2 saya memperbaharui skop muzik saya termasuk diri saya sendiri," 

Awi yang juga tunang kepada pelakon Atikah Suhaimi memberitahu bahawa penyertaannya dalam GGV2 membuka lembaran baru untuk mendalami dan menghayati agama Islam.

Ini jelasnya:

"Kenalan rapat saya tahu saya pun perlahan-lahan mendekatkan diri dengan lagu yang memuji kebesaran Allah. Saya pun semakin berusia, jadi perlu lebih matang.

"Dengan penyertaan dalam GGV2, saya harap saya mampu memberikan motivasi kepada rakan-rakan seusia atau lebih muda untuk turut sama berhijrah ke arah lebih baik,"

Awi Rafael antara peserta GGV2 yang cemerlang pada konsert pertama dan menduduki tempat teratas.

Menerusi lagu ciptaannya, Manusia Sempurna yang dilantunkan di pentas pembuka GGV2, ia ternyata menyentuh hati juri terutama Oki Setiana Dewi dengan lirik yang sungguh bermakna.

GGV musim kedua akan dipancarkan secara langsung selama tujuh minggu dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu bermula 31 Mac 2018, jam 9.00 malam di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135). Untuk pilihan alternatif, program ini turut boleh dinikmati melalui platform digital, ‘on demand’.

Konsert minggu kedua GGV bakal membawa tema Juk Juk Mendengarnya dan 11 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Sumber: Gempak

Tiada ulasan