Bekas Suami Buat Laporan, Serina Redzuawan Berdepan Hukuman Penjara

Share:

Ini merupakan satu lagi berita terkini tentang kisah pelakon, Serina Redzuawan dengan bekas suaminya bernama Gavin Edward.

Dikatakan anak kepada Chef Wan ini boleh berdepan dengan hukuman penjara berikutan bekas suaminya, Gavin Edward O’Luanaigh telah memfailkan notis tunjuk sebab berhubung pelanggaran perintah persetujuan bersama.

Gavin Edward atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar telahpun memfailkan permohonan ex parte (sebelah pihak) pada 17 April lalu.

Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Gavin Edward dalam prosiding itu di Mahkamah Tinggi Syariah berhujah, banyak pelanggaran didakwa dilakukan Serina Redzuawan.

Ini antara kenyataannya:

"Serina telah melanggar perintah persetujuan apabila membenarkan anak mereka, Tristan Tareef O’luanaigh, 7 tahun dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 6 tahun bermalam sebilik dengan Chef Wan di kediaman bekas bapa mertuanya itu pada 3 Disember lalu.

"Dalam perenggan yang dipersetujui itu juga menyatakan anak-anak tersebut  harus tidur bilik berasingan daripada Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail"


Menurutnya, Serina juga didakwa telah melanggar perenggan lapan perintah persetujuan bersama yang menghalang daripada memburukkan pemohon, Gavin Edward dan anak- anak.

Perintah persetujuan bersama itu ditandatangani Gavin dan Serina selepas kedua-duanya bersetuju untuk bercerai pada 27 Julai.

Ini jelas peguam ini lagi:

"Dalam eksibit berkenaan, pada perenggan tujuh, kedua-dua pihak bersetuju apabila anak-anak tidak dibenarkan tidur di rumah Cheff Wan tanpa kehadiran Serina atau pembantu rumah dan mereka mesti tidur berlainan bilik dengan Cheff Wan.

"Persetujuan bersama dalam perenggan lapan pula menyatakan responden tidak dibenarkan memburukkan atau memperlekehkan atau mengungkit di media sosial mengenai defendan dan keluarganya secara langsung atau tidak langsung.

"Persetujuan ini telah dicapai hasil perbincangan bersama anak guam dan bekas isteri bersama peguam kedua-dua belah pihak,"


Peguam berkenaan juga berkata, terdapat beberapa perlanggaran terhadap persetujuan bersama itu, antaranya ialah pada 19 Mac lalu apabila Serina memuat naik status di laman Instagram miliknya mendakwa bahawa Gavin cuba membuli dan mengusik emosi dirinya sebagai ibu selepas sengaja tidak membenarkan dia berjumpa anaknya setiap hari.


Ini kenyataan dari peguam Gavin Edward lagi:

"Ini adalah satu cubaan untuk memperlekehkan anak guam saya kerana di dalam persetujuan bersama yang dipersetujui, mereka telah menyatakan bahawa responden hanya boleh berjumpa anaknya setiap hujung minggu, Sabtu dan Ahad setiap bulan pada bila-bila masa,"

Sehubungan itu, Zainul berkata, adalah wajar mahkamah mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap Serina berikutan terdapat banyak perkara yang dipersetujui bersama telah dilanggar.

Hakim Salehan Yatim menetapkan 21 Mei ini untuk mendapatkan keputusan kebenaran permohonan notis tunjuk sebab terhadap Serina. 

Ini sememangnya satu berita yang mengejutkan ramai.

Sebelum ini, telah berlaku perbalahan antara Serina Redzuawan dan juga Gavin Edward yang mana beberapa kenyataan telah dibuat di media.

Serina ada menyatakan dia telah dibuli oleh bekas suaminya itu dalam perkara melibatkan penjagaan anak mereka berdua.

Gavin juga ada membuat kenyataan balas di rancangan hiburan popular Melodi yang menyatakan dia menjaga anak degan baik.

Malah, isu ini menjadi tumpuan setelah Chef Wan turut masuk campur memberi kenyataan di laman Instagram miliknya.

Kita tunggu respon dari pihak Serina Redzuawan pula nanti berkenaan isu yang sedang melandanya ini.

Sumber; Kosmo / Sinar Harian

Tiada ulasan