Berdepan Hukuman Penjara, Ini Respon Serina Redzuawan

Share:


Nampaknya semakin panas tentang perbalahan yang melanda pelakon Serina Redzuawan dengan bekas suaminya iaitu Gavin Edward atau nama Islamnya Salahuddin Gaffar.

Bekas suami Serina Redzuawan itu menerusi peguamnya menyatakan Serina telah banyak melanggar psersetujuan antara mereka.

Isu ini lantas menjadi tumpuan ramai dan Serina trerus tampil memebri kenyataan balas tentang hal ini.

Ini respon dari Serina Redzuawan:

"Wahh.. Hebat nya permainan Lebai Gavin, buat tuduhan I langgar perintah hanya kerana benarkan anak anak tidur sebilik dengan Papa I? Di mana lojiknya seorang Atuk tak boleh tidur sebilik ngan cucu cucu dan mereka ni masih kecik.

"Lainlah kalau Isabella tu dan Anak Dara sunti umur dah belasan tahun. Lebih pelik perjanjian tu ikat My father bersama sedangkan Papa tak bersetuju apa apa.

"How about Gavin yang dengan sendiri melanggar perintah mahkamah tidak berkelakuan dan Hidup dengan Cara bukan Islam.

"Bersekedudukan dan bermesra dengan wanita bukan Isteri di depan anak anak. Sehingga di tangkap khalwat! Sehingga dia dah malu dan takut terus kawin. Padahal dalam perintah mahkamah jelas dia kena jaga perilaku dan ikut cara Islam depan anak anak.

"Takpelah Gavin kalau nak berpura pura dan mempermainkan Agama Islam Allah swt maha berkuasa You akan di beri balasan setimpal Oleh Allah swt di dunia mahupun di Akhirat.

"KARMA PASTI ADA. Kebenaran pasti akan terungkai tidak lama lagi. Allahuakhbar!

Itulah kenyataan dan respon balas dari Serina tentang hal yang sedang belaku ini.

Peguam Gavin mengatakan Serina telah melanggar perintah persetujuan apabila membenarkan anak mereka bermalam sebilik dengan Chef Wan di rumah Chef Wan pada 3 Disember tahun lalu.

Dikatakan dari persetujuan, ada menyatakan anak-anak tersebut  harus tidur bilik berasingan daripada Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail.

Menurutnya, Serina juga didakwa telah melanggar perenggan lapan perintah persetujuan bersama yang menghalang daripada memburukkan pemohon, Gavin dan anak- anak.

Dalam satu posting Instagramnya yang bertarikh 19 dan 20 Mac telah memburukkan dan memperlekehkan Gavin termasuk mendakwanya berkhalwat.

Serina juga telah mendakwa pemohon dihalang berjumpa Tristan dan Isabella selain anak- anak dilarang menghadiri kelas mengaji sedangkan Gavin telah menyediakannya.

Hakim Syarie, Salehan Yatim menetapkan 21 Mei depan untuk keputusan.

Gavin menceraikan Serina di Mahkamah Rendah Syariah Petaling selepas tujuh tahun melayari rumah tangga pada 1 Ogos 2017.

Sumber: IG Serina / Sinar Harian

Tiada ulasan