"Bila Gaduh, Saya Suruh Dia Cari Wanita Lain" - Dynas

Share:


Pelakon dan pengacara cantik, Dynas Mokhtar kini telahpun selamat bergelar isteri orang apabila diijabkabulkan dengan jejaka bernama Shazrik.

Dynas Moktar menyifatkan dirinya bertuah apabila menemui jodoh dengan Shazrik yang baginya merupakan lelaki istimewa yang amat memahami dirinya.

Katanya lagi,  suaminya itu sentiasa ada di waktu waktu susah dan juga senang.

Dynas juga ada mengatakan bahawa apabial bergaduh dengan Shazrik dia selalu meyuruhnya mencaru wanita lain, namun Shazrik tetapi mahu dirinya dan meminta peluang untuk menjadi insan istimewa buat Dynas.


Jom baca komen Dynas:

"Saya akui kegagalan terdahulu memang memberi kesan dalam kehidupan dan membuatkan saya sentiasa berhati-hati untuk merancang kehidupan baharu selepas itu.
 

"Namun saya tidak boleh nafikan yang Shazrik adalah orang yang boleh memberi kegembiraan, yang sentiasa buat rasa selesa dan sentiasa tahu bagaimana mahu uruskan emosi saya.

"Kadang-kadang bila bergaduh, saya akan suruh dia cari wanita lain yang lebih baik, tetapi dia seorang yang sangat cool dan sentiasa meyakinkan saya agar beri peluang kepadanya dan juga diri saya sendiri untuk membina masa depan kami. Selebihnya kami serahkan kepada ketentuan takdir"


Itu komen Dynas, kali ini kita dapatkan pula komen dari Shazrik pula. Jejak ini menyifatkan Dynas sebagai seorang yang sangat penyayang, baik sebagai seorang kawan mahupun kekasih.

Ini komen Shazrik:

"Mungkin kerana sudah berkawan lama, saya perasan banyak benda-benda kecil tentang dia yang mungkin orang lain tak nampak.

"Dia seorang yang sangat penyayang dan mengambil berat pasal orang lain. Bukan hanya tentang saya, tetapi juga tentang ibu bapa dan keluarga saya,"


Setelah berkahwin, ramai tertanya-tanya dimanakah destinasi bulan madu pasangan ini.

Kata Dynas, buat masa ini dan suami belum memutuskan destinasi pilihan mereka, namun merancang untuk bercuti pada penghujung tahun ini.

Ini jelas Dynas:

"Bulan madu tu, nanti-nantilah. Buat masa ini kami ingin luangkan masa dengan anak-anak dulu.

"Insya-ALLAH kami akan bawak anak-anak balik kampung suami di Terengganu dan bercuti di Pulau Redang untuk beberapa hari.


Tentang perancangan untk mendapatkan cahaya mata, Dynas hanya menyerahkan segalanya kepada rezeki dari Tuhan.


Ini kata Dynas tentang hal ini

"Tentang perancangan anak kami berdua pula, saya hanya serahkan pada rezeki yang ALLAH bagi dan menerimanya dengan hati terbuka sama ada cepat atau lambat"

Dynas Mokhtar, 35, kembali bergelar isteri apabila selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, Mohamad Shazrik Che Mohd Din, 36, Sabtu lalu.

Majlis pernikahan Dynas dan Shazrik berlangsung di kediaman keluarganya di Shah Alam.

Dynas atau Wan Intan Edrinas dan pasangan dinikahkan sendiri bapanya, Datuk Wan Mokhtar Wan Mohd.

Tahniah buat Dynas dan suami, semoga berbahagia selalu.

Sumber : Sinarharian

Tiada ulasan