"Bukan Untuk Zizan.." - Mira Filzah

Share:
 
Beberapa hari yang lalu, kecoh di laman media sosial apabila selebriti popular Mira Filzah ada memuat naik satu ungkapan di Instagram (IG Stories) yang menulis perkataan love.

Mira Filzah ketika itu dalam perjalanan ke luar negara untuk menjalani penggambaran.

Pelakon cantik jelita ini menulis agar jangan merindui dirinya. Ini ungkapan yang ditulis oleh Mira Filzah "Don't miss me okay, love".

Ramai tertanya-tanya adakah perkataan love itu ditujukan kepada insan istimewa? Dan adakah ianya ditujukan kepada Zizan?

Spekulasi ini timbul apabila Zizan juga dilihat seperti memberi respon balas di IG Story miliknya, seakan menjawab ungkapan dari Mira Filzah itu.

Ini tulis Zizan: "sure i miss you, sweet heart".

Gelagat mereka berdua ini terus menjadi tumpuan para pengikut mereka yang ingin mengetahui adakah benar mereka sedang bercinta.

Menjawab persoalan ini, akhirnya Mira Filzah sendiri tampil memberi kenyataan.

Kata Mira, ungkapan yang dimuat naik olehnya di Instagram Stories (IG Stories) pada hari Jumaat lalu bukan ditujukan kepada pelawak Zizan Razak.

Mira atau nama penuhnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman menegaskan status itu bersifat umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

Ini penjelasan dari Mira Filzah:

"Status itu bukan untuk Zizan. Kami hanya berkawan biasa saja.

"Buat masa ini saya juga tidak ada apa-apa yang mahu umumkan mengenai hubungan dengan sesiapa kerana fokus kini adalah kerjaya,"


Bagi Mira Filzah,  Zizan seorang lelaki yang baik, ini komennya tentang pelawak popular itu:

"Dia seorang yang baik dan senang berkawan dengannya. Tetapi kalau boleh saya memang tidak mahu cerita sama keluar banyak kali,"

Hubungan kedua-dua selebriti popular ini sudah lama menjadi bualan ramai apatah lagi mereka dilihat serasi bersama dan masing-masing masih single.

Sehingga kini, kedua-dua mengatakan hubungan hanyalah sekadar rakan sahaja.

Sumber: Harian Metro

Tiada ulasan