Home Top Ad

Responsive Ads Here

Dai' Wan Dazrin Tegur Perbuatan Instafamous Persenda Solat Ketika Ice Skating

Share:


Jika sebelum ini seorang Instafamous ini pernah dikecam teruk oleh netizen kerana telah berkelakuan peliknya di program Motif Viral, tetapi Instafamous tersebut tampil 'menjelaskan'  sebab dia berbuat demikian.

Tidak ketinggalan 'teman lelakinya' juga turut memberi kenyataan bagi mempertahankan kelakuan Instafamous otu.

Apabila ramai netizen mengangka dia sudah berubah serta menerima teguran dari netizen, tetapi sekali lagi Instafamous ini dikecam netizen kerana tindakannya yang seolah-olah telah  mempersendakan agama.

Ini antara komen dari netizen:-

"Dulu dijemput masuk Motif Viral sebab bangang sangat. Last-last kena kecam rancangan itu sebab terlebih kurang ajor + krik-krik giler. 

 "Sekarang dia buat benda bodoh lagi."

"Sembahyang dekat mall. Apa ke bodoh sangat makhluk sekor ni? Mohon pihak agama ambil tindakan segera. Ini dikira permainkan agama Islam,"

"Jagalah maruah dan adab kita sebagai wanita. Fikir udlu sebelum nak melakukan sesuatu yang orang tak suka dan belakangkan akidah kita sebagai orang Islam,"

"Bila mata hati dan fikiran hanya kerana kepuasan nafsu semata-mata untuk popular, sanggup memperbodohkan diri sendiri sehingga sanggup mempersendakan agama Islam. Beginikah adab seorang perempuan yang berhijab? Memalukan,"

Apa yang boleh dinilai melalui perkongsian netizen yang bernama Hidayat, video tersebut telah dimuat naik oleh Ervanrizuan di Instagram yang jelas menunjukkan dia bersama dengan beberapa rakannya termasuk Instafamous berkenaan sedang bermain ice skating di sebuah pusat beli-belah.

Instafamous tersebut juga telah dilihat melakukakan aksi merangkak dan sedang menuju ke arah rakannya yang kemudian telah melakukan gaya seolah-olah sedang bersolat sebelum bersujud, serta mengundang gelak ketawa dari kawan-kawanya itu.

Akibat daripada perbuatan itu, Instafamous yang bernama Mira ini telah di serang oleh makcik bawang di  ruangan komen, serta mengecam tindakannya yang didakwa telah mempersendakan agama, dan menyeru agar pihak jabatan agama mengambil tindakan terhadap Instafamous tersebut.

Teguran dari Dai' Wan Dazrin:

"Ramai di antara kita masalah-masalah hari ini kita tidak kisah pasal implikasi perbuatan kita itu."

"Siapa-siapa yang tidak ambil tahu pasal hukum hakam atas perbuatan dia."

"Percakapan dia itu nanti akan menjadi penyebab dia tidak akan masuk ke syurga sebaliknya mendekatkan dirinya ke dalam api neraka. Nauzubillah"

"Kena alert benda ni kadang-kadang kita bangga dengan perbuatan itu, kita upload dan share tanpa kita sedar rupa-rupanya kita telah membuat satu dosa yang sangat panjang kerana ramai orang like dan share dari perbuatan kita itu".

Apa yang terjadi ini diharap Instafamous ini akan lebih berhati-hati dalam setiap perbuatannya agar tidak mengundang fitnah serta mengangu sensitiviti agama islam sendiri. Mungkin semua ini ada hikmahnya.

Di harap apa yang di perkatakan oleh Dai' Wan Dazrin itu akan menjentik sikap menjadi matang dan akan berfikir secara jauh sebelum bertindak melakukan sesuatu yang boleh mengaibkan diri sendiri.

Sumber : Mstar

No comments