Home Top Ad

Responsive Ads Here

Dikecam Suara Tak Sedap.. Rosakkan Lagu Anggun, Ini Respon Balas Fazura

Share:
 
Nur Fazura sememangnya seorang pelakon yang hebat dan amat popular di Malaysia.

Kini, isteri kepada Fattah Amin ini telah melebarkan sayapnya sebagai seorang penyanyi.

Pernah popular menerusi kolaborasi bersama Estranged dengan lagu 'Hancur Aku', Fazura terus tampil degan beberapa lagu baru.

Kini Fazura jadi bualan ramai setelah muncul menyanyi duet dengan penyanyi popular dari negara seberang iaitu Anggun.

Lagu berjudul The Good Is Back itu mula dimuatnaik di laman media sosial dan menerima kecaman dari peminat Anggun terutama dari negara Indonesia.

Para peminat dari Indonesia mengatakan suara Fazura tidak sedap dan langusng tidak sesuai berganding dengan Anggun.

Apabila isu ini menjadi viral, Fazura tampil memberi kenyataan dan respon balas.

Pelakon ini akui suaranya bukan setanding dengan Anggun namun dia menerima cabaran berduet dengan penyanyi itu kerana amat meminati Anggun.

Ini komen penuh dari Fazura:

"I'm open to criticism from music fans.

"I admit I’m not in the same league as my esteemed singing partner, Anggun, but I did my best, and enjoyed working with her"

"Criticism is good for me, because I learn from my mistakes and strive to improve my singing.”

"I took up the challenge because I’m a big fan of Anggun. Challenges make me go a step or more higher"

Trasnslasi dalam Bahasa Malaysia:

"Saya sedia menerima kritikan daripada peminat. Saya mengaku tidak setanding dengan Anggun tapi saya dah buat yang terbaik dan sangat seronok bekerja dengannya.

"Kritikan dan komen adalah sesuatu yang bagus untuk saya bagi saya belajar kesilapan dan memperbaiki kekurangan.

"Saya terima cabaran kerana saya sangat meminati Anggun. Cabaran yang saya buat ni buat saya makin berani melangkah lebih jauh. 

Muzik video yang di muatnaik oleh Anggun menerima banyak reaksi kritikan dari peminatnya.

Antara komen yang ditulis ialah seperti "Jadi aneh saya dengarnya, tidak seimbang", "Sadly terrible collaboration" dan "Anda kena berhenti menyanyi".

Apapun semoga Fazura terus usahawa dan berlatih vokal untuk menjadi lebih baik sebagai penyanyi selepas ini. Semoga berjaya!

Sumber: NST / Oh Bulan

No comments