Dira Abu Zahar Rindu Berlakon Tapi Politik Sudah Sebati Dalam Diri

Share:


Pelakon yang bernama Dira Abu Zahar kini semakin pudar malah kita tidak lagi melihat lakonan daripada beliau kerana dia kini sedang aktif dalam bidang politik.

Jelas Dira lagi, dia sememangnya rindu dengan dunia lakonan tidak pernah pudar dalam diri pelakon dan pengarah, tetapi dia ada tanggungjawab besar terhadap negara tercinta yang membuatkan dia terpaksa memilih yang terbaik.

Dira Abu Zahar menyatakan bahawa fokusnya lebih kepada dunia politik kerana percaya, pembabitannya akan memberi ruang  laluan baginya untuk memperjuangkan pelbagai isu berkaitan dengan industri hiburan.

Dia turut  mengakui, di antara sebab kenapa dia membabitkan diri dalam dunia politik adalah kerana mahu menyambung legasi bapanya yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Isnin.

Turut menyatakan bahawa  usaha arwah ayahnya itu yang tidak pernah berhenti membantu segenap masyarakat selain menaikkan martabat Melayu semasa hayatnya membuatkan dia terpikat  untuk mengikut jejak langkah arwah ayahnya itu. Komen dari Dira lagi:-

"Untuk kembali berlakon, mungkin tidak. Lagipun, sekarang ramai bakat baharu yang saban masa muncul mewarnai dunia lakonan. Mungkin sudah tiba masa untuk saya memberi pula perhatian kepada masyarakat.

"Saya anggap pembabitan dalam dunia politik sebagai platform untuk memperjuangkan hak anak seni. Memang rindu untuk berlakon, tetapi masa saya terbatas. "Minat itu saya salurkan dengan menerbitkan drama dan filem menerusi syarikat produksi saya, Hyper Pictures Sdn Bhd,"

"Saya semakin serius dengan politik selepas dilantik menjadi Exco Puteri UMNO Tangga Batu, Melaka. Lagipun, ia bukan sesuatu yang baharu kerana saya dibesarkan dalam keluarga yang aktif dalam politik."

"Ia sudah sebati dalam diri saya, cuma mungkin sudah takdir, saya terlebih dahulu menjadi anak seni. Dari situ, saya mengumpul pelbagai pengalaman mengumpul kenalan dan belajar melayani pelbagai kerenah masyarakat,"

"Arwah ayah adalah bekas guru sebelum aktif di bidang politik. Caranya mendekati rakyat membuatkan saya kagum kerana arwah jujur dan telus ketika bekerja.

"Kalau boleh saya mahu mengikut cara arwah mengendalikan sesuatu situasi dan sentiasa memikirkan bagaimana untuk memajukan bangsa Melayu dari segi pendidikan dan peluang pekerjaan."

Dia juga mahu mengikut segala segi cara arwah ayahnya  yang sentiasa mendekati dan berada di samping masyarakat dengan penuh keikhlasan jiwa.

Dira mahu berbakti sepenuhnya terhadap masyarakat yang memerlukan agar martabat melayu tidak di pinggirkan dan nasib melayu akan terbela.

Sumber : Berita Harian

Tiada ulasan