Home Top Ad

Responsive Ads Here

"Duit saya berlambak dalam bank" - Azwan Ali Sah Bertanding PRU14 Lawan Azmin Ali

Share:


Selebriti penuh kontroversi Azwan Ali memang terkenal dengan kisah panas dan penuh sensasi.

Setelah laman tidak dengar khabar daripada Azwan Ali, secara tiba-tiba pengacara popular ini telahpun mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Azwan Ali dikatakan akan menentang abangnya sendiri iaitu Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ini jelas Azwan Ali tentang tindakannya ini:

"Saya berjuang atas prinsip dan perjuangan untuk menjahanamkan Azmin Ali. Ini adalah satu tugasan dan amanah yang mungkin orang lain tak mampu nak buat. Walaupun dikecam menjatuhkan darah daging sendiri, terpulanglah, kerana saya lebih mengenali pengkhianat bangsa ini,"

"Kalau tewas pun tak apa. Saya tetap tidak berkudis dan tak akan menyesal kerana sekurang-kurangnya, peratus undi dia akan terjejas"

"Saya bukan nak cakap besar, tapi duit saya berlambak dalam bank. Andainya tewas teruk sekali pun, wang pertaruhan itu saya anggap sebagai sedekah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). 

Sebagai seorang adik yang banyak menyimpa rahsia abangnya, Azwan juga tidak menolak kemungkinan akan menggunakan strategi bersifat peribadi bagi tujuan menjejaskan reputasi darah dagingnya sendiri itu.

Ini komen Diva AA ini lagi:

"Dia pemimpin yang penuh aib, paling munafik dan teruk dalam sejarah Selangor dan perlu dihapuskan kerjaya politiknya menjelang PRU-14. Kalau orang masih mahu pangkah Azmin Ali, teruskanlah tetapi tunggulah bala besar daripada Allah"

Dan sekiranya ditakdirkan menang di PRU14 nanti, Azwan Ali akan belanja rendang untuk meraikan kemenangan.

"Tapi jika menang, saya akan buat kenduri doa selamat terbesar dengan rakyat kawasan saya akan dapat merasa rendang saya secara percuma, dan tidak akan menjadi wakil rakyat yang hanya menjenguk kawasan ketika PRU"

Wow memang tak sangka Azwan Ali akan menentang abangnya sendiri di PRU14 kali ini.

Kita tunggulah PRU14 nanti, agak-agak siapakah yag akan menang ye..

Sumber: BHarian

No comments