Home Top Ad

Responsive Ads Here

Elfira Loy Persoal Fathia Latiff, Kenapa Perlu "Tag" Namanya

Share:

Setelah mencetuskan beberapa kontroversi panas di arena indisutri hiburan tanah air, ramai mula mengikuti pelakon Fathia Latiff di laman media sosialnya.

Kemudian, pelakon ini mula menceburi bidang nyanyian dengan menyanyikan beberapa lagu ‘cover’ dan ianya telah mendapat respon yang amat positif.

Aktres Fathia Latiff kini muncul dengan lagu cover terbaru iaitu lagu Sufian Suhaimi.

Fathia membuat kelainan dengan merakam versi balasan (reply) lagu Di Matamu dendangan asal Sufian Suhaimi dan memuat naik lagu tersebut di laman YouTube Mixology Music.

Dilancarkan pada 30 Mac lalu, Fathia latiff mempromosikan lagu tersebut di laman media sosial miliknya.

Apa yang mengejutkan para netizen, menerusi salah sebuah tweet, Fathia telah ‘mention’ dan ‘cc’ bekas tunang Sufian iaitu Elfira Loy.

Malah Elfira Loy sendiri telah mempersoalkan tindakan Fathia itu.

Terkejut dengan tindakan Fathia, Elfira bertanya mengapa Fathia melakukan perkara sedemikian.

Ini komen Elfira: "Why do you have to cc me?"

Tenang menjawab soalan Elfira, Fathia menjelaskan yang lagu ‘cover’ tersebut merupakan lagu balasan (reply) dan telah diubah liriknya.

Ini komen Fathia Latif: "This is the reply, ive change the lyrics."



Tindakan Fathia Latiff itu mendapat perhatian sesetengah netizen yang turut mempersoalkan tindakan pelakon jelita itu yang telah melibatkan Elfira dalam hal ini.

Ini antara komen netizen:

"Tuan punya badan tak kata apa-apa, orang lain pula yang lebih-lebih, kesian kat Elfira dan Sufian"

"Saya tak nampak ada keperluan membuat reply lagu ini"

Dalam pada itu, lagu cover Di Matamu nyanyian Fathia ini mendapat lebih 200,000 tontonan dan turut menjadi trending.

Di ruangan komen, rata-rata peminat setia Fathia memuji suara pelakon itu dan seperti biasa, ada juga haters yang mengecam suaranya yang dikatakan 'tidak sedap'.

Sumber: Gempak

No comments