Fathia Latiff Dipanggil SKMM, Disiasat Salah Guna Laman Media Sosial.. Apa Kes?

Share:


Ini satu lagi cerita tentang pelakon popular Fathia Latiff.

Fathia Latiff telah diminta untuk tampil memberi keterangan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membantu siasatan berkaitan salah guna akaun media sosial.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff yang kini berumur 30 tahun, disyaki telah menyalahi seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Melalui satu laporan dari portal mStar, pelakon cantik yang popular menerusi drama Ariana Rose itu telah mendedahkan notis yang dihantar kepadanya di akaun Instagram pada Selasa.

Ini pendedahan dari Fathia Latiff:


"Dengan hormat perkara di atas dirujuk."

"Untuk makluman pihak Puan, pihak kami sedang menjalankan siasatan akaun meia sosial disyaki milik Cik Nur Fathia Abdul Latiff yang disyaki telah menyalahi seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998."

"Sehubungan dengan itu, pihak kami mohon kerjasama Cik Nur Fathia Abdul Latiff untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan kami seperti tetapan di bawah"

Ini pula komen dari Fathia Latiff:

"Saya mahu semua orang tahu apa yang telah mereka lakukan kepada saya. Saya sudah padam Twitter yang lama tidak kemas kini"

Fathia Latiff sememangnya sebelum ini lantang memberi pandangan peribadinya di media sosial.

Kadangakala pandangannya telah menimbulkan perbalahan dalam kalangan netizen dan ada yang menjadi viral.

Pernah sebelum ini, rakan artis Dira Abu Zahar menyelar Fathia Latiff secara terang-terangan di persidangan UMNO tak lama dulu.

Video Dira Abu Zahar ketika berucap itu dengan pantas menjadi viral dan menjadi topik perbualan hangat ramai pihak, ada yang menyokong Dira dan ada juga yang menyokong Fathia latiff dalam hak untuk bersuara.

Sumber: mStar

Tiada ulasan