Fathia Latiff Solat Dalam Kereta, Ini PENJELASAN Mufti Kelantan, Sila Baca..

Share:
 
Hari ini Malaysia dikejutkan dengan tindakan pelakon Fathia Latiff mengerjakan solat di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke pertunjukkan fesyen Primavalet.

Ianya terus menjadi perdebatan para netizen. Rata-rata memberikan komen negatif dan mempersoalkan perbuatan pelakon kontroversi ini dan ada juga yang mengatakan ianya boleh dilakukan.


Video solat itu telah dimuat naik oleh rakannya iaitu penggaya rambut Ridzokumura di Instastory pada petang Rabu.

Fathia Solat  menjelaskan solat yang dilakukan di dalam kereta adalah urusannya dengan Allah dan tidak menyedari perbuatan itu dirakamkan oleh rakannya.

Ini komen ringkas Fathia Latiff:

"Saya kerjakan solat kerana Allah bukan kerana manusia. Maaf saya tidak tahu aksi saya dirakam,"

Melalui satu laporan terbaru dari portal mStar Online, dua ahli agama telah tampil memberi respon tentang isu ini.

Menurut Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, mengejar waktu sehingga terpaksa bersolat dalam kereta adalah alasan yang kurang tepat.

Ini komen MUFTI Kelantan:

"Itu patut kita kena tahulah, apa dia punya cerita yang menyebabkan dia sembahyang dalam kereta macam tu. Kalau keuzuran, macam kalau orang tu kena gout, tak mampu nak berjalan nak pergi ke masjid. Jadi kita sembahyang sambil duduk, dan kereta tu menghadap ke kiblat, ok lah.

"Kalau tak ada apa-apa keuzuran, jadi TAK BOLEH, sebab sembahyang ada rukun, kena ada rukuk ada sujud, dalam kereta boleh sujud ke?

"Nak KEJAR WAKTU tu bukan excuse, ada tempat dan ada peruntukan masa masa untuk sembahyang seperti biasa. Tapi pilih untuk sembahyang dalam kereta tak boleh lah.

Sementara itu, penceramah dan juga pendakwah bebas iaitu Oencetus Ummah Azman turut memberi pandangannya tentang tindakan Fathia Latiff itu.

Ini pula komen PU Azman tentang hal ini:

"Setiap orang ada situasi masing-masing, kita tak tahu situasi Fathia Latiff. Tapi apabila dikecam netizen, itu tidak adillah.

"Kalau seseorang tidak ada pilihan lain, maka dibenarkan atas dasar terdesak. Maka dia boleh sembahyang dalam kenderaan.

"Dia merujuk kepada situasi peribadi seseorang. Kerisauan adalah nilai jiwa setiap orang, bagi dia, dia risau takut luput waktu, dalam keadaan dia tidak ada ilmu, macam mana nak sembahyang.

"Konsep utama adalah bersangka baik. Contoh macam komen mekap masa sembahyang. Kita berbaik sangka mungkin dia dah ambil wuduk sebelum mekap.

Itulah komen dari ahli agamawan tentang tindakan Fathia Latiff itu. Apapun kena tanya Fathia sendiri apa situasinya sampai kena solat dalam kereta seperti itu.

Netizen di luar sana diharap janganlah menegcam lagi. Doakan yang baik-baik sahaja.

Sumber: mStar

Tiada ulasan