FOTO: Aksi Ariff Jiwa Di AME2018, Cucu Datuk K Dan Siti Nurhaliza Menang Baby Paling Top!

Share:
 
Semalam, pada malam Ahad, 8 April, telah berlangsung Anugerah MeleTop Era 2018 (AME2018) di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Ariff Jiwa Ashraf menajdi tumpuan ramai semalam setelah dinobatkan sebagai si cilik paling top di Anugerah MeleTop Era 2018 (AME2018).

Kemenangan ini merupakan momen yang amat manis buat Ariff Jiwa yang mana undian dibuat seratus peratus oleh para peminatnya.

Untuk pengetahuan, Ariff Jiwa merupakan cucu kepada Datuk Khalid dan juga Siti Nurhaliza.

Ayah Arif jiwa ialah Ashraf Khalid manakala ibunya pula ialah Tya Ariffin yang juga merupakan pelakon berasal dari Indonesia.

Top 5 untuk kategori si cilik ialah Aaisyah Dhia Rana, Lara Alana, Yusuf Iskandar dan Syeriv Samheizy.

Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin.

Lara Alana pula merupakan anak sulung kepada pasangan popular Awal Ashaari dan Scha Al Yahya.

Yusuf Iskandar anak kepada hairul Azreen dan juga Hanis Zalikha manakala Syeriv adalah anak kepada pasangan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.

Ini antara beberapa foto aksi Ariff Jiwa Ashraf di majlis AME2018 semalam.









Wow! Memang comel betul Ariff Jiwa Ashraf ni. Ada juga yang tersenyum melihat gelagat Ariff Jiwa yang sempat minum susu sebelum dapat hadiah.

Siti Nurhaliza dan Izara Aishah antara ahli keluarga yang amat gembira dengan kemenangan Ariff Jiwa.

Sekarang dah semakin popular nampaknya Arif Jiwea apatah lagi dapat aunty yang amat popular iaiatu Siti Aafiyah.

Anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid dan isterinya, Tya Arifin dikurniakan anak lelaki pada jam 4.33 petang bertarikh 31 Mac 2017.

Bayi comel ini kemudian diberi nama Arif Jiwa dan dilahirkan secara normal di Hospital Ampang Puteri, Ampang.

Untuk pengetahuan Asyraf dan Tya berkahwin pada November 2015.

Sumber: IG MeleTop 

Tiada ulasan