(FOTO) Shahir Temani Erra Fazira, Sambut Hari Lahir Aleesya, Anak Erra Fazira

Share:

Shahir Zawawi yang merupakan bintang Akademi Fantasia, sering dikaitkan dengan pelakon popular, Erra Fazira. Pelbagai spekulasi yang timbul tentang hubungan Shahir dan juga Erra Fazira.

Nama Shahir sememangnya sinonim dengan beberapa kontroversi panas antaranya isu bercinta dengan wanita bernama Mona Syamimi dan juga isu lari dari hutang.

Apabila kontroversi melanda, Shahir dilihat telah 'hilang" dari industri hiburan.

Dalam perkembangan terbaru, Shahir yang sebelum inimenghilangkan diri dan enggan membuka mulut bercerita tentang perkembangan hubungannya dengan aktres Erra Fazira, secara tiba-tiba telah muncul semula.

Menariknya, kemunculan Shahir adalah ketika menemani wanita yang sering dikaitkan dengannya iaitu Erra Fazira.

Ianya secara tidak sengaja dikongsikan menerusi laman media sosial Instagram milik sahabat karib Erra, iaitu Intan Zabidin.

Ini fotonya:




Shahir dilihat telah hadir bersama Erra untuk meraikan ulang tahun kelahiran anak tunggal Erra iaitu Engku Aleesya di sebuah restoran di Hartamas, Kuala Lumpur.
 
Penyanyi ini dilihat duduk bersebelahan dengan Erra Fazira yang masing-masing menyarung baju rona sama.

Bagaimanapun, tiada sebarang update dalam media sosial Shahir dan juga Erra Fazira.

Para peminatnya ternyata merindui kemunculan Shahir setelah menghilang diri.

Ini antara komen peminat Shahir:

"Lama tak update IG, janganlah menghilangkan diri lagi. Peminat tak sabar menunggu kemunculan abang dan lagu baru abang,"

Kehilangan Shahir bukan perkara baru dalam industri kerana juara AF8 itu pernah 'menghilangkan diri' selama tiga tahun sebelum muncul dalam AF Megastar tahun lalu.

Yang terbaru apabila terpalit degan isu hutang, Shahir terus tidak aktif di laman media sosial dan dilihat kali terakhir memuat naik sekeping gambar promosi AF Megastar pada Oktober tahun lalu di Instagram miliknya.

Untuk pengetahuan, Shahir pernah popular menerusi beberapa lagu seperti Aku Yang Berdosa, Kebahagiaan Dalam Perpisahan dan Luar Biasa.

Sumber: IG Intan Zabidin / Astro Gempak

Tiada ulasan