Home Top Ad

Responsive Ads Here

Gambar Tak Senonoh, Ini Kenyataan Dari Zul Ariffin Dan Juga Respon Zahirah MacWilson

Share:

Pelakon Zul Ariffin ternyata terkejut apabila ada satu foto melampau telah dimuat naik di media sosial Instagram Story miliknya semalam.

Zul Ariffin akui terkesima apabila dimaklumkan perkara itu daripada seorang rakan dan menganggap tindakan penggodam itu sesuatu yang keterlaluan.

"Foto itu bukan saya punya. Takkan saya nak muat naik gambar itu di sosial media. Ini semua kerja gila 'hacker' yang sengaja mahu memalukan dan mensensasikan keadaan," - Itulah kata-kata yang keluar dari pelakon Zul Ariffin.

Ini komen dari Zul Ariffin:

"Selalunya ‘hackers’ akan mencuri akaun dan menukar kata laluan. Tetapi gambar itu pula dimuat naik di akaun Instagram saya.

"Jujur saya tidak tahu bagaimana untuk respons perkara ini kerana saya tidak tergamak memalukan diri dengan memuat naik gambar seperti itu.

"Saya terduduk apabila dihujani panggilan dan mesej daripada rakan-rakan yang terkejut saya berani memuat naik gambar sedemikian,"

Sebaik diberitahu tentang hal itu, Zul Ariffin mengambil langkah awal memadam dan menukar password sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

Ini penjelasan Zul lagi:

"Kalau kawan saya tidak hubungi pasti banyak lagi gambar yang akan dimuat naik. Saya sudah menukar kata laluan supaya 'hackers' tidak dapat menembusi akaun peribadi saya.

"Agak-agaklah saya nak muat naik gambar seperti itu di IG. Saya seorang yang sangat berhati-hati ketika memuat naik gambar atau meletak kapsyen kerana sosial media ini segala benda pantas menjadi viral kalau ada yang tidak kena.

"Saya nak muat naik gambar yang nampak lutut pun saya berhati-hati, inikan pula gambar macam tu. Saya belum gila nak buat itu semua,"

Tambah Zul, kejadian menimpanya membuatkan dia fobia dan akan lebih berhati-hati untuk mengendalikan akaun Instagram peribadinya.

Zul juga mendedahkan sudah beberapa kali laman IG miliknya itu cuba digodam pihak tak bertanggungjawab.

"Sebenarnya sudah beberapa kali IG saya pernah hampir digodam tetapi mereka tidak berjaya menembusinya.

"Pernah dulu beberapa kali akaun saya tidak boleh dibuka, namun dengan bantuan kelab peminat mereka berjaya mendapatkan semula IG saya kerana saya tidak terlalu mahir menggunakan sosial media ini. Tak sangka selepas beberapa kali mereka cuba menceroboh akhirnya gambar itu yang dimuat naik,"

Ditanya adakah dia akan membuat laporan polis, ini respon dari Zul:

"Kalau saya buat laporan polis belum tentu dapat mengenal pasti dalang yang menceroboh akaun saya.

"Saya juga tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan hina ini. Kalau saya tahu senang untuk saya buat laporan,"

Sementara itu, melalui laporan BeautifulNara, ada juga pihak secara berseloroh mengatakan, mungkin telefon pintar Zul Arifin telah digodam oleh bekas teman wanita yang sakit hati iaitu Zahirah MacWilson.

Namun kata Zahirah,  dia ada perkara lain yang lebih baik untuk dilakukan.

Ini tulisnya: "I have better things to do, thank you"

Itulah respon dari pihak Zul Ariffin dan juga Zahirah Macwilson tentang isu yang mengejutkan ini.

Semoga semua selebriti lebih berhati-hati, memang banyak penggodam ketika ini.

Sumber: Harian Metro / BeautifulNara

No comments