Gambar Zul Ariffin Rangkul Erat Pinggang Farah Nabilah Jadi Bualan

Share:

Pelakon yang juga hero pujaan ramai iaitu Zul Ariffin kini sering menjadi topik bualan hangat di kalangan peminat industri hiburan tanah air. Ada sahaja isu yang melibatkan Zul Ariffin menjadi viral dan tular.

Semalam satu lagi foto yang dimuatnaik oleh pelakon berbadan sasa ini telah menjadi perhatian ramai dan menjadi buah mulut di laman Instagram miliknya.

Zul Ariffin telah menghadiri majlis pertunjukkan fesyen yang diadakan oleh Primavalet. Kemudiannya, pelakon tampan ini telah memuatnaik foto bersama rakan artis, Farah Nabilah ketika berada di majlis itu.

Yang menarik perhatian ialah, foto itu menunjukkan Zul Ariffin sedang merangkul erat pinggang Farah Nabilah.

Ini fotonya:


Gambar ini terus membuatkan para followernya tidak senang duduk dan terus memberi komen pada gambar terbabit.

Dalam masa beberapa jam sahaja, gambar itu mencipta rekod apabila menerima lebih enam ribu (6,000) komen dari pengguna laman media sosial berkenaan. memang banayk betul komen yang ditulis.

Antara komen yang diberikan ialah kata-kata pujian kepada pasangan ini dengan mengatakan mereka berdua sesuai bersama. Pendek kata, sama cantik sama padan.

Kemudian, ada juga beberapa pengguna wanita yang meluahkan rasa kecewa (secara berseloroh) apabila melihat kemesraan kedua-dua pelakon ini.

Dan seperti biasa, ada juga yang mengecam tindakan Zul Ariffin memuatnaik foto seperti itu yang boleh mengundang kecaman orang ramai.

Untuk pengetahuan, Zul Ariffin dan Farah Nabilah pernah mencetuskan fenomena apabila drama lakonan mereka berdua  berjudul Titian Cinta menjadi amat popular.

Baru-baru ini Zul Ariffin diburu pihak media ekoran kontroversi melibatkan gambar tidak elok yang dimuatnaik di laman IG miliknya.

Menjawab kontroversi itu, Zul Ariffin menyatakan, akaunnya telah diceroboh.

Sumber: IG Zul Ariffin

Tiada ulasan