Giliran Che Ta Pula Mengamuk Dengan Zaihani Mohd Zain.. Baca Apa Puncanya

Share:
 
Tak habis lagi tentang  pengkritik dan pengulas fesyen terkenal Zaihani Mohd Zain. Lepas satu persatu isu body shaming dan #pahamelimpah yang telah tular di media sosial sejak Isnin lalu, ianya menjadi bertambah besar.

Terbaru, Zaihani telah berkata bahawa individu yang bertugas sebagai pengurus aktres Rozita Che Wan menjadi punca segalanya yang berlaku.

Menerusi satu komen Zaihani, dia mengatakan bahawa seorang pengurus artis atau lebih tepat lagi pengurus Che Ta yang memulakan tindakan menviralkan status Facebook peribadinya.

Malah Zaihani telah meminta untuk ban pengurus Rozita Che Wan itu.

Ini tulis Zaihani:

"Yang mulakan tu adalah manager artiste. To be precise, manager Che Ta.

"Please ban him if he ever comes to you or any stylists nak pinjam baju untuk artiste. LOL,"


Kenyataan Zaihani menerusi komennya itu telah kembali mencetuskan api kemarahan apabila pelakon Rozita Che Wan sendiri memuat naik entri di Instagramnya malam tadi.

Ini kemarahan Rozita Che Wan di laman IG:

"Kata dah mohon maaf, ka mohon propa... Ish! Ingat mulut ja jahat, rupanya hati perut pun busuk. Luar dalam sama buruk, kedut.. Macam lace beropol,"

Malah dengan selamba, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta turut tag nama Zaihani di caption tersebut.

Setelah foto komen dari Zaihani dimuat naik oelh Che Ta, ianya mendapat ribuan komen yang berang dengan Zaihani.


Sebelum ini,  Zaihani telah membuat permohonan maaf secara terbuka setelah diasak oleh pelbagai pihak termasuk para selebriti.

Zaihani sebelum ini telah meluahkan rasa tidak selesa apabila ada individu yang berbadan besar yang hadir di sebuah pertunjukan fesyen hujung minggu lalu.

Status Zaihani itu menjadi viral di media sosial hingga dianggap sebagai tindakannya itu tidak sepatutnya berlaku dan ianya merupakan prejudis terhadap individu berbadan besar yang melebihi berat 60 kilogram.

Bagi yang tidak mengenali Zaihani, beliau pernah menjadi penata gaya untuk rancangan realiti Akademi Fantasia musim pertama (20013) dan AF 2014.

Sumber: Astro

Tiada ulasan