Home Top Ad

Responsive Ads Here

Hadir Di Mahkamah Dipercayai Urusan Kes Tuntut Cerai, Ziana Zain Tampil Beri Komen

Share:

"Kami belum cakap apa-apa" itulah komen dari penyanyi popular Ziana Zain tentang dakwaan penyanyi itu dan suaminya dilihat di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin lalu dipercayai bagi urusan kes tuntutan cerai.

Sememangnya isu antara Ziana Zain dan suaminya bernama Armin amat mengejutkan ramai pihak.

Menjelaskan tentang dakwaan itu, Ziana Zain memberitahu bahawa, dia dan suaminya perlu melalui beberapa proses termasuk sesi kaunseling.

Dari laporan Harian Metro, ada sumber mendakwa, Armin tidak bersetuju untuk melafazkan cerai kepada Ziana Zain dan meminta agar kes mereka dibawa kepada jawatankuasa pendamai.

Masalah rumah tangga penyanayi yang popular dengan lagu Madah Berhelah itu mula dihidu selepas suaminya Armin Zaharin Ahmad Zambri didakwa atas tuduhan memukul anaknya untuk mengajar mengaji.

Armin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada awal Mac atas tuduhan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di Denai Alam, Shah Alam pada 4 pagi, 25 Februari lalu.

Dari laporan terdahulu, Ziana zain sendiri telah mebuat report polis ke atas suaminya itu ekrana memukul anak.

Berdepan dengan situasi yang amat menduga ini, Ziana Zain bagaimanapun menegaskan anak-anak dan kerjaya seni kini menjadi sumber kekuatan dirinya untuk menempuh hari-hari mendatang.

Ini komen Ziana:

"Saya tidak bimbang, selagi bergelar artis, baik dan buruk harus juga dihadapi. Bagaimanapun, saya terharu dan berterima kasih atas kasih sayang ditunjukkan orang keliling dan peminat sepanjang berdepan dengan masalah ini.

"Saya percaya Allah Maha Kaya. Sebagai manusia kita harus menjangkakan perkara yang tidak dijangka. Saya sentiasa bersyukur atas sokongan diberikan"


Katanya, dia seharusnya melalui kehidupannya hari ini untuk hari ini kerana apa yang berlaku pada masa hadapan tidak diketahui.

Semoga Ziana Zain tabah dengan dugaan yang sedang dilaluinya.

Sumber: Harian Metro

No comments