"Hidup ini penuh dengan kejutan.. Tuhan itu adil" - Izreen Azminda

Share:

Hari ini, suami kepada pelakon Izreen Azminda iaitu Ude Wahid, telah menyambut hari jadi nya yang ke-30 tahun.

Sempena hari ulang tahun kelahiran Ude yang ke-30, Izreen Azminda sempat berkongsi video dengan lagu nyanyian Aliff Satar berjudul "Sesungguhnya Aku" dan menulis ayat cinta buat suami tersayang. Memang romantik san sweet sungguh, bersemut membacanya.

Ini nukilan istimewa dari Izreen buat Ude Wahid:

"Buat lelaki yang aku kasihi.. Selamat Ulang Tahun Kelahiran yg ke-30

"Semoga diluaskan pintu rezeki.. Dilimpahi kebahagiaan dalam kehidupan.. Diberikan kesihatan yang baik… Dan sentiasa dibawah lindunganNya

"Hidup ini penuh dengan kejutan. Yang tak mungkin dapat kau bayangkan. Dan Tuhan itu adilnya pada setiap insan.

"Tidak hari ini..esok lusa Dia hadiahkan.. Apa yang perlu..cumalah kesabaran.. Aku disini.. Akan setia sebagai peneman. Mengakhiri seluruh kehidupan.

"Jika Allah masih mengizinkan… Jangan sesekali kau salahkan Tuhan. Untuk apa yang telah Dia rencanakan. Kerana setiap manusia punya ujian. Bagi menguji setiap keimanan.

"Lapangkan dada buang tekanan.. Agar kehidupan sentiasa aman… Selamat Hari jadi.

Izreen berkongsi video kolaj gambar romantiknya bersama Ude dengan lagu latar belakang nyanyian Aliff Satar.

Ini lirik lagu Aliff Satar berjudul "Sesungguhnya Aku" yang amat sweet itu:

Sesungguhnya aku
Telah jatuh pada dirimu
Sesungguhnya aku
Cintai hanya dirimu

Kerna
Sesungguhnya
Ku sedari
Kau lengkapi diriku

Sesungguhnya aku
Mencintai dirimu
Sesungguhnya


Walaupun pasangan ini terpaksa berdepan kontroversi panas dan dikecam apabila Ude Wahid mengambil keputusan untuk menceraikan isteri pertama Intan Salleh, namun, pasangan ini menghadapi setiap dugaan dengan tenang sekali.

Baru-baru ini juga,  Ude dan Izreen meluangkan masa bercuti berbulan madu di Bali, Indonesia.

Pasangan ini juga mengabadikan foto percutian mereka itu di laman media sosial Instagram masing-masing.


Semoga Izreen Azminda dan suami nya terus bahagia sentiasa.

Sumber: IG Izreen Azminda

Tiada ulasan