Home Top Ad

Responsive Ads Here

Hubungan Kembali Terjalin, Jodoh Di Tangan Tuhan.. Jelas Hans Isaac

Share:
 
Pelakon dan produser filem Datuk Hans Isaac baru-baru ini kembali dikaitkan dengan selebriti popular Neelofa.

Datuk Hans Isaac akhirnya tampil menjelaskan hubungannya dengan pengacara Neelofa hanya sekadar kawan baik semata-mata.

Hans Isaac yang kini berumur 46 tahun, berkata, mereka berdua masih berhubung dan Neelofa merupakan tergolong antara rakan yang terapat dengannya.

Malah menerusi satu laporan dari mStar, Hans Isaac akui Neelofa sentiasa meminta pendapat dan nasihat daripadanya dalam beberapa hal.

Ini penjelasan dari Hans Isaac:

"Neelofa termasuk dalam golongan kawan baik saya seperti seperti Datuk Afdlin.
 

"Apa juga berkaitan industri atau perniagaan dia banyak minta nasihat dan pandangan saya. Seperti kontroversi baru-baru ini saya minta dia mengaku bersalah sahaja dan minta maaf.
 

"Kita manusia tidak sempurna, kadang-kala CEO juga buat kesilapan"

Hans berkara demikian selepas dia diminta mengulas tentang hubungannya dengan Neelofa yang didakwa kembali terjalin selepas foto-foto mereka ketika menonton konsert bersama-sama tersebar di laman sosial, baru-baru ini.

Menjelaskan lanjut tentang hubungan itu, Hans berkata, jodoh adalah perkara dan ketentuan dari Tuhan.

Datuk Hans Isaac enggan mengulas tentang perkara itu bagi menghormati keluarga Neelofa.

Ini komennya:

"Hubungan kembali terjalin? Tuhan sahaja yang tahu kerana jodoh di tangan tuhan.

"Kalau boleh saya tidak mahu cakap tentang itu bagi menghormati keluarga dan ibu bapa dia"


Dalam pada itu, Hans berkata dia tidak mahu disalah anggap cuba menumpang populariti pemilik Naelofar Hijab itu. Katanya, dia sudah mengenali Neelofa lama sebelum pelakon itu belum mendapat perhatian dan populariti seperti ketika ini.

Ini komennya lagi:

"Saya tidak mahu ada pula lepas ni anggap saya hanya ingin tumpang populariti dia. Saya kenal dia sebelum popular lagi.

"Bagi saya dia masih orang yang sama cuma populariti yang diraih kini berbeza,"


Diimbas kembali, Hans Isaac dan Neelofa pernah menjalinkan hubungan istimewa sekitar tahun 2011 namun mengumumkan hubungan tersebut berakhir dua tahun kemudian.

Pelakon lelaki itu kemudian bertunang dengan model Gabrielle Robinson pada Januari tahun lalu, namun memutuskan pertunangan mereka pada Oktober 2017.

Kini Hans Isaac dan Neelofa kembali single dan ura-ura mengatakan mereka telah kembali bersama.

Sumber: mStar

No comments