"I miss you sweetheart" - Zizan Razak, Amboi Sweetnya

Share:
 
Apabila bercerita tentang hubungan cinta, pelakon dan pelawak Zizan Razak memang banyak kisahnya.

Sebagai antara selebriti paling popular di Malaysia, Zizan sering dikaitkan dengan wanita cantik dan jelita seperti Juliana Evans, Emma Maembong dan banyak lagi.

Zizan juga pernah dikhabarkan akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis berasal dari Terengganu, namun ianya tidak menjadi dan Zizan masih lagi bujang sehingga hari ini.

Yang terbaru, Zizan Razak kini selalu dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon cantik manis Mira Filzah.

Kedua-dua mereka ini memang akui berkawan, namun sehingga kini tidak pernah mengumumkan sedang dilamun cinta. Tetapi, ada yang berpendapat, terutama para peminat, sebenarnya hubungan mereka berdua ini lebih dari sekadar kawan.

Melalui satu laporan Oh Bulan, untuk membuktikan gosip ini, seorang netizen menampilkan bukti kemungkinan mereka berdua sedang dilamun cinta. Instagram story menjadi medium untuk mereka meluahkan rasa secara terbuka.

Dalam IG story itu, Mira Filzah dilihat memuatnaik gambar jaket di ribanya dipercayai di dalam pesawat menuju ke Australia untuk penggambaran drama Rahsia Hati Perempuan.

Yang menjadi perhatian ialah ayat yang ditulis oleh Mira Filzah iaitu: "Don’t miss me okay, love?" (Jangan rindu-rindu okay, sayang?)

Kemudiannya, tidak lama selepas itu, Zizan ada memuatnaik satu IG Story  seakan respon balas buat Mira Filza.

Ini pula IG story Zizan: "Sure I miss you sweetheart" (Mestilah saya akan rindu sayangku)

Ini fotonya:


Ini sekaligus menguatkan lagi gosip yang bertebaran di laman sosial mengenai status hubungan mereka.

Baru-baru ini juga, apabila ada yang bertanya bagaimanakah hubungan dengan Zizan, Mira Filzah mengakui masih lagi berkawan rapat dan belum putus.

Malah Zizan Razak juga ada memberi hadiah kepada Mira Filzah di hari lahirnya baru-baru ini.

Apapun, semoga ada berita gembira dari kedua-dua artis ini kelak.

Sumber: Oh Bulan


Tiada ulasan