Inalillah.. Pesakit Para Tiroid Nurliyana Meninggal Dunia

Share:


Ini satu berita baru yang diterima tentang seorang pesakit yang menjadi tular baru-baru ini.

Pesakit para tiroid yang menjadi tumpuan masyarakat iaitu Nurliyana Abdul Raziff telah disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Perkara terbabit disahkan oleh bapa Nurliyana sendiri iaitu Abdul Raziff Muhammad Radzi, 55 tahun, yang memaklumkan anak sulungnya itu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur, kira-kira jam 8.30 malam.

Ini komen dari bapa Nurliyana:

"Difahamkan tekanan darahnya menurun sebelum menghembus nafas terakhir.
 

"Kami masih menunggu proses bagi menuntut jenazah bagi urusan pengebumian dan selepas semuanya selesai mayat akan di bawa pulang ke rumah saya di Banting, Selangor"

Pada 13 April lalu, Liyana menjalani pembedahan bagi membuang kelenjar para tiriod di bahagian lehernya.

Selepas pembedahan itu Liyana terpaksa di bedah sekali pada Selasa lalu bagi membuat saluran pernafasan selepas dilaporkan mengalami masalah pernafasan disebabkan kandungan karbon dioksida di dalam badannya tinggi.

Nurliyana Abdul Raziff yang berumur 32 tahun berada dalam keadaan kritikal berikutan beberapa komplikasi.

Suaminya, Mohd Taufiq Abdullah, 42 tahun, berkata, Nurliyana mengalami komplikasi di bahagian jantung dan saluran pernafasan sehingga memaksa doktor melakukan pembedahan kecemasan.

Ini pula antara kenyataan dari suami Liyana sebelum ini;

"Pada 1.30 pagi tadi, saya menerima panggilan daripada petugas Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL berikutan keadaan Nurliyana yang agak kritikal.

"Doktor yang merawat isteri saya memaklumkan bahawa beliau mengalami masalah jantung dan pernafasan disebabkan kandungan karbon dioksida yang amat tinggi.

"Melihat kepada keadaan Nurliyana ketika itu, doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan kecemasan bagi memasang saluran pernafasan melalui hidung atau menerusi tiub di bahagia leher,"


Mohd Taufiq berkata, doktor juga memaklumkan kepada keluarga untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan memandangkan keadaan Nurliyana berada pada tahap sangat kritikal.


Akhirnya, malam tadi, Nurliyana pergi buat selamanya.

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Nya, marilah kita sama-sama mendoakanya.

Kepada ahli keluarga, takziah diucapkan dan semoga tabah hadapi berita sedih ini.

Sumber: Harian Metro

Tiada ulasan