Home Top Ad

Responsive Ads Here

Ini Respon Salma Mentor Apabila Suaminya, Azri AF Dipenjara Kerana Dera Anak

Share:

AZRI DIPENJARA, KENA DENDA DERA ANAK

Penyanyi dari Akademi Fantasia iaitu Azri telah dihukum penjara selama 14 hari dan didenda RM5,000 di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini.

Ini selepas tertuduh iaitu Azri mengaku bersalah di atas tuduhan mendera anak perempuan tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, dua tahun lalu.

Hakim Norshila Kamaruddin telah menjatuhkan hukuman terhadap Azri selepas tertuduh menukar pengakuan bersalah semalam, pada hari pertama perbicaraan kes itu sepatutnya berlangsung.

Mahkamah memerintahkan Mohammad Azri yang kini berumur 31 tahun menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan penjara enam bulan lagi, jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Azri didakwa melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak yang kini berumur 11 tahun itu dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas di pangsapuri di Seksyen 9, Subang Jaya, jam 8 pagi pada 5 Mei 2016.

RESPON SALMA MENTOR

Berbicara tentang isu ini, isteri kepada Azri iaitu Salma Mentro tampil memberi respon.

Penyanyi Salma meminta semua orang supaya berhenti membuat andaian sendiri mengenai keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap suaminya Mohammad Azri Abdullah hari ini.

Salma atau nama penuhnya Salmah Asis yang kini berumur 27 tahun, berkata hanya dia dan keluarganya mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

Bagi Salma, orang lain tidak perlu tampil dengan spekulasi liar tentang keluarganya.

Ini komen Salma:

"Allah sebaik-baik perancang. Mengaku tidak semestinya bersalah. Kami sekeluarga lebih mengenalinya.
 

"Sebelum ada komen yang tidak baik selepas ini, saya minta jasa semua lebih baik berdiam. Jangan buat andaian atau spekulasi yang membawa fitnah.

"Dosa tanggung sendiri dan saya takkan segan untuk block anda jika menambah-nambah atau memburukkan lagi keadaan kami sekeluarga.
 

"Saya sayang anda semua, terima kasih"

Selepas hukuman diberikan, Azri dan semua ahli keluarganya, termasuk ibunya dan Salma menangis teresak-esak sambil memeluk lelaki itu di dalam kandang tertuduh.

Untuk pengetahuan, Azri dan Salma berkahwin pada 31 Jan 2015 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dan pada perkahwinan terdahulu, Salma mempunyai dua anak iaitu mangsa dan seorang anak lelaki.

Sumber; Harian Metro

No comments