Home Top Ad

Responsive Ads Here

Isu Dah Selesai Harap Dihentikan, Hannah Delisha

Share:
 
Pelakon dan penyanyi jelita dari Singapura, Hannah Delisha baru berumur 22 tahun dan namanya mula meniti di bibir para penggemar drama tanah air.

Pelakon jelita ini mula meraih populariti menerusi drama Mencintaimu Mr Photografer hasil lakonan bersama Syafiq Kyle.

Apabila seseorang artis itu mula popular ada sahaja isu dan Hanah juga tidak dapat mengelak dikaitkan dengan cerita sensasi.

Hannah Delisha yang baru setahun mencuba nasib membina kerjaya seni di negara ini masih dikaitkan dengan dakwaan meletak harga tinggi untuk sebarang tawaran berlakon, namun dia telah tampil menafikan perkara berkenaan.

Katanya, dakwaan bahawa syarikat pengurusan bakatnya di sini meletak harga tinggi untuk lakonannya adalah tidak benar.

Ini penjelasan Hannah Delisha:

"Siapalah saya dan pihak pengurusan memandai-mandai meletak harga tinggi. Sebagai bakat baru dan masih kurang pengalaman, saya sangat mengharapkan tawaran.
 

"Jadi, takkan saya nak letak harga tinggi yang secara tidak langsung boleh menutup peluang saya. Saya sama sekali tidak akan melakukannya.
 

"Lagipun, setahu saya perkara membabitkan isu bayaran yang pernah ditimbul sebelum ini sudah diselesaikan secara baik dan berhemah oleh pihak pengurusan dengan syarikat produksi itu.
 

"Saya rasa apabila sudah selesai, tidak perlu lagi isu bayaran ini dibangkitkan. Terus terang, saya minta dan berharap ia dapat dihentikan"

Hannah berkata, mengikut perancangan sudah diatur dia akan terus bekerjasama dengan syarikat produksi terbabit untuk projek lakonan terbaru.

Hannah berkata, dia juga mempunyai permit kerja yang sah di negara ini apatah lagi kini kerjayanya berpusat di Malaysia.

Ini komennya:

"Semua urusan berkaitan permit itu sudah diurus syarikat pengurusan saya lebih awal. Kami tidak mahu timbul masalah jika tidak dibuat mengikut prosedur yang betul"

"Syukur bakat lakonan saya diterima baik termasuk nyanyian. Oleh itu, ia menjadi pemangkin semangat untuk saya terus berusaha.

"Walaupun kerjaya seni saya semakin stabil di Malaysia, tetapi dari aspek nama belum lagi kukuh. Masih banyak perlu diperbaiki dan saya tidak boleh berasa cepat selesa"


Dalam perkembangan kerjayanya, Hannah Delisha akan muncul dengan filem sulung lakonannya, Langsuir arahan Osman Ali.

Selain filem, Hannah akan tampil denagn beberapa drama. Dia akan berganding dengan Aiman Hakim Ridza untuk dua drama iaitu telenovela adaptasi daripada drama popular Korea, Full House dan Cruise Cinta Lebaran.

Sumber: Harian Metro

No comments