Home Top Ad

Responsive Ads Here

Izzue Islam Jual Pakaian Dalam

Share:
Sebut sahaja nama pelakon dan penyanyi kacak, Izzue Islam sudah pasti semua kenal dengan kehebatannya sebagai pelakon dan juga penyanyi.

 Yang terbaru, Izzue Islam dikatakan bakal menjual pakaian dalam lelaki atau lebih dikenali dengan sebutan ‘boxer’menjelang hari raya ini.

 Turut berkata bahawa dia memilih produk tersebut kerana masih belum ada lagi mana-mana artis di malaysia menjual produk pakaian dalam seperti itu. Komen dari Izzue :-

“Sebelum ini saya sudah keluarkan kurta, baju Melayu dan kanta lekap. Jadi untuk tahun ini, saya ingin sesuatu yang baru. Disebabkan itu, saya terfikir untuk keluarkan boxer."

“Dalam masa sama, saya tengok belum ada lagi artis yang keluarkan produk ini. Kalau sebelum ini orang selalu beli di pusat beli-belah, tapi boxer keluaran saya boleh didapati secara dalam talian."

“Malah kalau nak tahu, saya juga pengguna boxer. Sama seperti produk lain, saya memang ingin berkongsi kepada peminat apa yang digunakan,”

“Saya tahu ramai yang gemar pakai boxer. Apa boleh dijanjikan, boxer saya ini selesa dipakai. “Selain corak dan warna, saya juga sediakan semua saiz."

"Saya akan keluarkan boxer ini secara edisi terhad dahulu. Jika dapat sambutan, baru saya keluarkan dalam kuantiti yang banyak,”

Izzue yang ditemu bual pada Festival Gegaria 2018 yang di adakan di Dataran Centrio, Seremban 2, Seremban, menyatakan bahawa pakaian dalam itu akan didatangkan dengan pelbagai corak,warna dan juga saiz.

Bila ditanya  mengenai pembabitan penyanyi popular ini dalam Festival Gegaria, Izzue akan menyanyikan empat lagu terdiri daripada Sahabat, Bimbang, Muzik Tiduranku dan single baru My City.

Apa yang lebih menarik, lagu My City ini adalah berkisar tentang negeri kelahiran Izzue iaitu Kelantan. Jelasnya lagi, antaranya lokasi, makanan dan kesenian yang ada di negeri Cik Siti Wan Kembang itu akan di paparkan.

Penyanyi serta pelakon popular kacak ini telah pun berumah tangga dengan pasangannya pada 2 Jun 2013 yang bernama Nurinufilah atau lebih mesra dengan panggilan Awin.

Pasangan ini masih lagi tidak dikurniakan cahaya mata dan masih menanti. Walaupun usia perbezaan Izzue dan Awin berbeza lapan tahun, namun mereka merupakan pasangan yang bahagia.

Semoga Izzue dan juga isteri akan segera menimang cahaya mata seperti orang lain dan juga akan berjaya dengan perniagaan pakaian dalam yang bakal di lancarkan kelak.

Sumber: Metro

No comments