"Jangan Campur Urusan Peribadi Orang Lain" - Respon Sufian Apabila Fathia Nyanyi Lagunya

Share:

Nama Sufian Suhaimi dan juga Fathia Latiff semestinya tidak asing lagi dalam dunia seni hiburan tanah air.

Sufian merupakan penyanyi yang sedang meningkat naik manakala Fathia kini mula menceburi bidang nyanyian.

Baru-baru ini kecoh apabila pelakon yang penuh kontroversia iaitu Fathia Latiff telah menyanyikan lagu Sufian yang baru iaitu Di Matamu.

Menurut  Sufian Suhaimi dia menganggap tindakan Fathia Latiff yang merakam semula lagu Di Matamu yang telah diubah lirik menjadi seperti lagu balasan kepada single hitnya itu adalah sebagai cara pelakon itu berkarya.

Jelas Sufian Suhaimi juga, dia  tidak terasa hati sedikit pun  walau ada pihak yang mendakwa bahawa perbuatan pelakon penuh kontroversi itu seolah-olah  mengeruhkan dan melaga-laga keadaan bila turut mengaitkan bekas tunangnya, iaitu Elfira Loy. Ini komen Sufian:-

"Sebelum ini, memang ramai yang membuat 'cover' lagu ini dan saya sudah pun mendengarnya. Bagi saya, ini adalah antara lagu 'cover' yang kreatif."

"Saya tak rasa apa-apapun dan melihatnya sebagai cara untuk Fathia berkarya. Saya puji hasil kerjanya itu dan produksi terbabit."

"Cuma harapan saya, apabila dia menyanyikan semula lagu itu dalam versinya sendiri, janganlah dia ada niat tertentu seperti membuat serangan peribadi secara berkias sehingga dilihat seperti cuba mencampuri urusan peribadi orang lain,"

"Di luar negara pun ada melakukan perkara sama contohnya lagu If I Was A Boy yang dinyanyikan Beyonce dan Perfect oleh Ed Sheeran. Jadi, ia bukanlah satu perkara yang pelik buat saya,"

Fathia Latiff telah memuat naik video tersebut  di laman sosial Twitter.  Sufian berkata lagi, bahawa budaya menukar lirik dan merakamkan lagu balasan terhadap sesebuah lagu bukanlah perkara asing dan baru dalam industri hiburan tanah air kita.

Jika sebelum ini, Fathia Latiff telah dikecam teruk oleh netizen apabila perbuatannya itu digambarkan sebagai cuba memanjangkan ldan memprovok lagi kontroversi isu putus tunang pasangan Sufian dan Elfira Loy yang sedang hangat diperkatakan.

Penyanyi ,Sufian Suhaimi yang ditemui dalam majlis pengumuman finalis Bintang RTM 2018 semalam, dikatakan bakal menghiburkan penonton di pentas akhir pertandingann itu di Pusat Konvensyen CIDB pada Sabtu ini.

Di harap apa yang terjadi di antara Sufian Suhaimi dan juga Elfira Loy akan menjadi pulih dan berbaik-baik. Semoga Sufian dan juga Elfira berjaya dalam bidang yang diceburi masing-masing.

Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan