Home Top Ad

Responsive Ads Here

"Jangan jadi macam saya, ia memudaratkan diri. Saya hampir jadi gila" - Hafiz Hamidun

Share:

Penyanyi dan komposer lagu ketuhanan, Hafiz Hamidun pernah menjadi bualan hangat apabila perkahwinannya dengan usahawan Joy Revfa menemui kegagalan.

Hafiz Hamidun menasihatkan pasangan yang berumah tangga supaya mengambil pengajaran daripada episod kegagalan perkahwinannya dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Penyanyi ini yang berpisah dengan usahawan produk kecantikan, Joy Revfa, Oktober lalu, juga bersedia memberi khidmat nasihat dan berkongsi pendapat dengan mereka yang berdepan kemelut dalam perkahwinan.

Ini komen Hafiz Hamidun:

"Jangan jadi macam saya. Ketika berdepan kemelut rumah tangga dahulu, saya ingatkan diri ini kuat. Saya kerah segala tenaga yang ada untuk menyelesaikan setiap masalah sendiri.

"Tanpa saya sedar, ia memudaratkan diri. Saya hampir jadi gila kerana terlalu tertekan. Saya lupa sebenarnya, saya memerlukan sokongan dan tidak boleh memendam masalah bersendirian.

"Mujur saya cepat tersedar, lalu berjumpa pakar psikiatri untuk meminta pandangan. Sejak itu, saya banyak luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan untuk pulihkan semula kekuatan yang hilang,"


Setelah beberapa bulan episod duka itu berlalu, Hafiz Hamidun bersyukur ianya tidak lagi dibangkitkan.

Katanya, setiap apa juga masalah antara dia dan bekas isterinya sudah diselesaikan dengan baik, serta mengikut saluran yang betul.

Ini jelasnya:

"Alhamdulillah, tiada lagi yang bertanya mengenai saya dan Joy. Saya juga tak mahu lagi antara kami ada masalah kerana semuanya sudah diselesaikan dengan baik.

"Saya berharap pihak lain juga sudah melupakan perkara ini. Tidak perlu diungkit atau dipanjangkan lagi kerana fokus saya kini hanya kerjaya,"


Masih belum menutup pintu hati untuk menerima cinta baru, Hafiz berkata, ketika ini dia ingin terlebih dahulu memberikan dirinya masa sebelum memikirkan soal berpacaran.

Hafiz berkata, banyak perancangan sedang disusun untuk dilunaskan sepanjang tahun ini termasuk mempromosikan single balada terbaru, Jangan Berhenti yang ditulisnya bersama komposer, Azlan Abu Hassan.

Lagu ini Hafiz telah jadikan sebagai motivasi untuk diri. Jangan Berhenti yang dilancarkan sejak akhir bulan lalu sudah mencecah 70,000 tontonan.

Sumber: Berita Harian

No comments