Jangan mati ketika sibuk mengejar harta dunia, Aliff Syukri

Share:

Usahawan kosmetik yang popular dengan tagline Terlajak Laris iaitu, Datuk Seri Aliff Syukri memang tidak dinafikan amat berpengaruh di laan media sosial.

Segala yang dibuatnya sering menjadi perhatian ramai selain gaya hidupnya yang selalu ditonjolkan di laman media sosial.

Namun, baru-baru ini, Aliff Syukri berdoa, agar dirinya tidak menemui ajal ketika dirinya sibuk mengejar harta dan kemewahan dunia.

Harapan itu disuarakan oleh Aliff Syukri sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-31.


Ini komen Aliff Syukri:

"Saya selalu berdoa supaya saya mati dalam keadaan beriman, bukan ketika sibuk mengejar harta dunia.

"Alhamdulillah, pada usia 31 tahun, semua sudah saya kecapi. Saya berharap kehidupan saya sentiasa mendapat rahmat Allah,"


Ditemui sempena majlis kunjungan media di rumah agamnya di Kota Damansara, di sini, Aliff Syukri berkata, biarpun tidak berpendidikan tinggi, tidak mustahil untuk seseorang mengecap kejayaan.

Aliff Syukri mengambil contoh dirinya dan keluarga yang pernah menetap di rumah setinggan di Klang, suatu ketika dulu.

Ini penjelasan Aliff Syukri lagi;

"Saya selalu memasang mahu memiliki banglo dan impian itu dipenuhi ketika usia 24 tahun. Selepas itu, saya dikurniakan gelaran Datuk dan dalam perjalanan untuk menerima pingat, saya menyimpan impian mahu memiliki kediaman seperti istana.

"Saya terus berusaha hingga akhirnya saya mendapat apa yang saya impikan. Jangan menyerah dan teruskan usaha untuk mencapainya,"


Aliff kini mempunyai kediaman bertaraf istana dan mahligai yang dinamakan Palace Aliff Syukri.

Rumah ini dibuat sejak empat tahun lalu di atas tanah bernilai RM13 juta dan dilengkapi 30 bilik termasuk surau, pawagam mini serta bilik karaoke.

Katanya, kelengkapan rumah termasuk bahan binaan dibeli dari empat negara iaitu China, Indonesia, Portugal dan Itali. Aliff akan menukar perabot setiap enam bulan sekali.

Mengenai kecaman netizen, Aliff berkata, itu hak mereka kerana niatnya bukan untuk bermegah, sebaliknya berkongsi kejayaan selepas mengejar impian.

Malah Aliff Syukri berkata dia  akan menjemput anak yatim berkunjung ke rumahnya dan tidur di situ

Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan