Home Top Ad

Responsive Ads Here

Jep Sepahtu Bergelar Bapa, Sari Yanti Selamat Lahirkan Cahaya Mata Sebentar Tadi.. TAHNIAH!

Share:


Pelawak popular Jep Sepahtu kini telahpun bergelar seorang ayah. Ini apabila isterinya yang juga pelakon, Sari Yanti telah selamat melahirkan cahaya mata sebentar tadi.

Berita kelahiran anak pertama buat Jep Sepahtu dan Sari Yanti ini telah diumum oleh Sinar FM menerusi sebuah entri di laman media sosial Instagram (IG) dan juga Facebook (FB) Sinar.

Ini pengumuman khas dari pihak SINAR:

"Alhamdulillah, tahniah Jep Sepahtu dan Sari Yanti yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata.

"Tak lupa juga Jep dan Sari Yanti nak berterima kasih kepada anda semua yang tidak putus-putus mendoakan segala urusan kelahiran baby ini dipermudahkan.

"Tahniah Jep yang sudah bergelar bapa dan yang menariknya baby Jep ni berkongsi tarikh lahir yang sama dengan @rahimr2 Ayim.

"Kalau anda nak tahu baby ni boy atau girl, jangan lupa dengarkan #PagiDiSinar ok. #SinarKongsi,"


Tahniah diucapkan  kepada Jep Sepahtu dan Sari Yanti diatas kelahiran anak mereka. Segala detail tentang anak pertama pasangan ini masih belum lagi dinyatakan, kita tunggu update seterusnya nanti.

Untuk pengetahuan, Jep Sepahtu dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari tahun lalu.

Hubungan mereka berdua sebelum ini tidak dapat dihidu oleh orang ramai dan pihak media.

Malah pernikahan pasangan ini juga amat mengejutkan ramai pihak. Ternyata mereka berjaya merahsiakannya dari orang ramai.

Diimbas kembali, majlis akad nikah antara Jep Sepahtu dan Sari Yanti telah diadakah di Dewan Mercu Mustapha Kamal, di mana ianya diadakan secara tertutup dengan dihadiri kira kira 250 tetamu.

Ini merupakan perkahwinan kedua pelakon jelita itu. Sari Yanti berpisah dengan bekas suaminya, Mohd Eddy Casmadi pada 11 Disember 2014.

Mereka dikurniakan dua anak, Barr Al Aly dan Basit Al Haq.

Sumber: SINAR

No comments