Kantoi Busuk! Universiti Malaya Nafi 'PhD' Datuk Boy Iman

Share:


Sebut sahaja nama Boy Iman sudah tentu masyarakat kenal dengan skim rumah rumah yang ditawarkan oleh syarikat DBI yang di terajui oleh Boy Iman sendiri.

Sekali lagi nama Boy Iman terpalit dengan isu penipuan rumah mampu milik, pelakon dengan gelaran Datuk Boy Iman sekali lagi dihambat  kontroversi panas.

Ini terjadi apabila perkongsian statusyang dimuat naik di laman sosial Facebooknya iaitu  pendidikannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD) telah dinafikan oleh pihak Universiti Malaya.

Universiti Malaya sendiri dalam satu kenyataannya telah memaklumkan serta semakan dari pihaknya telah mendapati bahawa tiada individu atas nama Noruliman Abdul Rahman sebagai calon ijazah tersebut.

Ini komen dari pihak Universiti Malaya sendiri:-

"Universiti Malaya ingin menarik perhatian berhubung status pendaftaran calon Doktor Falsafah Noruliman A Rahman dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (secara penyelidikan)."

"Pihak UM telah membuat semakan dan mengesahkan bahawa tiada pendaftaran atas nama individu ini sebagai calon Doktor Falsafah di UM,"



Jika sebelum ini Boy Iman berkongsi  menerusi status di laman sosial Instagram telah menunjukan kad pelajar miliknya yang tercatat namanya dengan logo Universiti Malaya beserta  kulit buku penyelidikan universiti tersebut.

Dengan menggunakan  kapsyen pada status itu Boy Iman telah menyindir pihak netizen yang selalu memandang rendah kepadanya berbaur seperti :-

"Buat mereka yang bergelar pakcik bawang & makcik bawang.." Hadiah untuk anda! Juga hadiah untuk saya sebab birthday saya dah dekat 2 April ini,"

Walau bagaimanapun status itu telah pun  dipadamkan selepas beberapa hari kemudian dan juga  turut mendapat kutukan  daripada pengikut laman sosialnya itu.

Alamak! Macam-macam hal pula dengan Boy Iman ni ya. Kalau dah pihak UM sendiri menafikan maksudnya itu adalah kenyatan yang benar. Semoga Boy Iman dapat mengambil iktibar dari kes ini.

Sumber: Mstar

Tiada ulasan