Home Top Ad

Responsive Ads Here

Keadaan Pelakon Mr Grey Semakin Merosot, Ini Kisah Penuh Tentang Penyakitnya..

Share:
 
Kini kecoh tentang keadaan kesihatan pelakon drama Mr Grey iaitu Fendy Bakry yang dikatakan semakin merosot.

Fendy Bakry yang kini berumur 30 tahun, dilaporkan mengalami sakit misteri yang berlaku secara tiba-tiba.

Penyakitnya itu masih lagi tidak dinyatakan dengan lebih lanjut dan terus membuat ramai pemintanya tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya.

Oleh kerana drama Mr Grey kini sedang popular dan mendapat rating yang amat tinggi, nama Fendy Bakry selaku pelakon utama menjadi tumpuan ramai.

Namun secara tiba-tiba, para peminat drama ini dikejutkan dengan berita masalah kesihatan yang dialami oleh Fendy Bakry.

Semuanya bermula pada pertengahan Mac lalu, apabila pelakon ini telah mendapatkan rawatan di Hospital Melaka. Oleh kerana masih tidak sembuh sepenuhnya, kemudian, dia mendapat rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur.


KENYATAAN PIHAK PENGURUSAN

Pemilik Prokuya Studios, Fadzil Zahari telah tampil memberi kenyataan tentang artis yang diruruskan olehnya itu.

Menurut syarikat pengurusannya, Fendy Bakry telah mengalami sakit secara tiba-tiba ketika hampir habis penggambaran di Melaka dan Kuala Lumpur sehingga ke hari ini.

Selaku pengurus, Fadzil Zahari yang juga adik kepada Farid Kamil telah meminta maaf kepada semua pihak yang tidak dapat menghubungi atau menerima sebarang respons daripada Fendy Bakry.

Fadzil juga memohon maaf bagi pihak Fendy Bakry kerana terpaksa membatalkan acara-acara yang berkaitan dengan pelakon tersebut.

KENYATAAN AHLI KELUARGA

Apabila isu ini menjadi perbualan ramai, wakil ahli keluarga kepada Fendy Bakry telah tampil memberi maklum balas tentang keadaan terkini pelakon itu.

Kakak pelakon itu yang hanya mahu dikenali sebagai Fahaniza berkata, keadaan Fendy Bakry masih tidak baik dan dikatakan semakin lemah.

Fahaniza juga berkata kini pergerakan pelakon berkenaan agak terbatas manakala pertuturannya semakin tidak jelas.

Ini komen kakak Fendy:

"Maaf... Fendy tidak boleh menjawab panggilan ketika ini kerana dia sukar bercakap.

"Keadaannya juga lemah selain pergerakannya terbatas sampai hendak pegang telefon pun tidak boleh,"

Sementara itu, Fahaniza berkata, adiknya itu  kini berada di kampung halamannya di Perlis untuk mendapatkan rawatan secara perubatan Islam bagi mencari punca sebenar penyakit adiknya itu.

Jelasnya, sebelum ini Fendy memang sudah mendapatkan rawatan pakar di hospital namun keadaannya masih sama.

Ini penjelasan dari pihak keluarga:

"Setakat ini kami (keluarga) sudah membawanya menjalani beberapa pakar rawatan perubatan Islam namun keadaannya masih sama.

"Insya-Allah kami akan terus berusaha dan saya bagi pihak keluarga juga berterima kasih kepada peminat yang tidak jemu-jemu mendoakan kesihatan Fendy,"

KENYATAAN PENERBIT DRAMA MR GREY

Sementara itu, produser Global Station Sdn Bhd yang merupakan penerbit drama bersiri itu, Datin Zaiton Mohamad Jiwa memberitahu Fendy pernah dimasukkan ke hospital ketika penggambaran drama berkenaan hampir selesai iaitu sekitar tiga minggu lalu.

Kata Zaiton, pihaknya juga terkejut dengan keadaan kesihatan pelakon tersebut.

Penerbit berkenaan  melmeparkan pujian tentang sikap Fendy Bakry  yang tetap kuat untuk menghabiskan baki penggambaran drama Mr Grey.

"Saya sendiri terkejut dengan keadaan kesihatannya yang agak teruk dan kami terpaksa menangguhkan penggambaran selama seminggu kerana Fendy dimasukkan ke hospital.

"Namun saya puji dia kerana tetap menggagahkan diri bagi menyelesaikan penggambaran walaupun keadaannya belum benar-benar pulih.

"Besar harapan saya agar keadaannya kembali pulih kerana dia mempunyai bakat besar dan boleh pergi jauh sebagai pelakon," 

Datin Zaiton Mohamad Jiwa kini bercadang untuk menziarah pelakon berkenaan yang sedang dirawat di Perlis.

Fendy dilaporkan mengalami sakit kepala dan badan lemah ketika menjalani penggambaran drama Mr Grey terbitan Global Station yang sedang disiarkan di Astro Ria.

Fendy bergandingan dengan Eyra Hazali dalam Mr Grey yang menjadi buah mulut para peminat drama Melayu.

Mr Grey disiarkan pada setiap hari Isnin sehingga Khamis bermula pukul 10 malam di Astro Ria.

Semoga Fendy Bakry sembuh seperti sedia kala, get well soon! Mari kita doakan ramai supaya pelakon ini kembali sihat.

Sumber: mStar / Astro Awani

No comments