Home Top Ad

Responsive Ads Here

"Kena serangan jantung.. saya bergegas ke hospital, ibu separa sedar." - Afdlin Shauki

Share:
 
Insan bernama ibu sememangnya teramat istimewa bagi setiap individu di dunia ini.

Ibu lah yang melahirkan kita dan begitu banyak jasa dan pengorbanan dalam memberi kehidupan kepada setiap insan.

Kasih sayang ibu sememangnya tidak berbelah bagi, dan sebagai seorang anak, sudah pasti akan terkesan sekiranya ibu tersayang diserang penyakit.

Baru-baru ini, pelakon dan pelawak, Afdlin Shauki berkongsi satu berita sedih dimana ibunya dikhabarkan terkena serangan jantung dan kini berada di Hospital Serdang.

Ini luahan Afdlin yag ternyata terkesan dengan kejadian ini:

"Semalam keramat hidup saya, ibu yg sangat saya cintai terkena serangan jantung sekali lagi. Syukur dia berada di hospital serdang ketika itu, salah satu hospital kerajaan yg mempunyai department kardioloji di kuala lumpur. 

"Dada saya sesak mendengar berita itu. Saya berada di dalam sebuah meeting utk mencari peluang perniagaan. Tiba-tiba saya lihat muka-muka di sekeliling meja dan semuanya tidak penting lagi… saya bergegas ke hospital dan ibu berada dalam keadaan separa sedar.
 

"Runtun jiwa ini melihat ibu saya ketika itu dan rasa lemah yg teramat sangat melanda diri ini. Serius semua dugaan yg sedang saya alami tiba-tiba tak penting lagi. Yg penting hanyalah ibu keadaan ibu saya. Masa ni saya juga melihat diri saya ditempat ibu, Nampak beliau dalam kesakitan dan keletihan. Nampak beliau cuba mendapat nafas seterusnya. beliau hanya boleh minum sedikit air.
 

"Saya merasa lemas kerana jika saya dikeadaan begitu ketika ini, saya mungkin tak sekuat ibu. Pasal masih terikat sangat kuat dengan duniawi. Syukur Alhamdulillah ya Allah kerana mempermudahkan keadaan ibu saya dan syukur masih membernarkan saya terus berjuang utk keluarga, masyarakat dan diri saya. Syukur…syukur…syukur yaAllah. Kepada kawan kawan saya minta tolong doakan kesihatan ibu saya Fadzilah binti Jelani. Semuanya sementara"

Itulah luahan hati dari Afdlin Shauki apabila ibunya diserang heart attack baru-baru ini.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan doa untuk kesembuhan ibu Afdlin.

Kami doakan semoga ibu Afdlin Shauki diberi kesihatan yang baik.

Sumber: IG Afdlin Shauki

No comments