Home Top Ad

Responsive Ads Here

Kerana Roti Telur.. Ude Wahid Didakwa Sindir Intan Liana, Netizen Mengamuk!

Share:

Di waktu ini pemuzik bebas, Ude Wahid dan isterinya, pelakon popular Izreen Azminda nampaknya sedang melayari bahtera rumah tangga yang amat bahagia.

Kedua-duanya telah mengaktifkan semula akaun Instagram masing-masing dan terus menjadi tumpuan ramai.

Walaupun dah aktif, kedua-duanya masih lagi menutup ruangan komen di gambar yang dimuatnaik. para follower mereka hanya boleh like gambar mereka sahaja.

Dalam posting yang terbaru, Ude Wahid ada memuat naik foto sarapan roti telur yang disediakan oleh Izreen Azminda untuknya.

Ude Wahid menulis caption ini: "Nyum... Thank You Izreen Azminda. Punya sedap sampai tak boleh move on. Kata roti telur move on. Eh berapa banyak move on daaa"

Bagaimanapun, menerusi caption berkenaan, ada pihak yang menganggap Ude Wahid telah memerli bekas isterinya, Intan Liana Salleh.

Dengan memuat naik gambar dan caption itu, ianya kelihatan seperti memerli bekas isterinya kerana Intan beberapa kali membuat kenyataan  telah ‘move on’ sebelum ini.

Akibatnya, Ude dan Izreen terus dikecam dan dikritik oleh para netizen dan haters di laman media sosial Instagram.


Ini antara komen panas dari netizen:

mawarneruza: "Yang tak boleh move on tu si Ude Wahid ni sebenarnya sebab asyik teringat dekat Intan je pastu perli-perli, nampak sangat dia yang tak boleh move on. Dahla mcm kain buruk aku tgk makanna ni. Cincai macam hidup kau

dilla_delila_83: "Hmmm.. kalau macam ni la perangai si Ude taguna ni, tak rugi langsung Intan lepaskan dia.. Intan pun dah move on

makeupbymaradziyah: "Nampk sangat kude yang xley move on, dok stalk bekas bini.. kalau dah xsuke hide lah tak payah baca ex wife tu move on ke apa

maisarah_asmara: "Intan dan lama move on, xnmpk pun terhegeh-hegeh sibuk pasal cerita dulu. Ke dia salah tgk ig intan

Sementara itu, bekas isteri Ude Wahid, Intan Liana semakin rancak dalam bidang peragaan dan rezeki semakin mencurah-curah.

Terbaru, wanita itu menjadi model koleksi busana raya Annas Easkey, serta dihujani tawaran membuat pelbagai review produk di Instagram.

Sumber: IG Eh Sentap Pulak

No comments