King Coco Buat Hal Muatnaik Foto Belai Anjing.. Apabila Dikecam Suaminya Tampil Beri Respon

Share:

Sudah lama tak dengar cerita berkenaaan Instafamous lagi kontroversi iaitu King Coco.

King Coco merupakan wanita yang popular dengan percakapan slanga orang putih yang pekat dan lain dari yang lain.

Wanita ini mengatakan dia mempunya banyak mix menyebabkan percakapannya menjadi sebegitu.

Kini dalam perkembangan terbaru, King Coco telah pun berkahwin dengan mempunyai seorang anak lelaki.

Selepas bergelar ibu, penampilan King Coco semakin meletop mengalahkan anak dara.

Semalam, kecoh di media sosial milik wanita ini apabila King Coco memuat naik gambarnya memegang anjing di akaun Instagram miliknya.

Gambar tersebut disertakan dengan kepsyen yang dipetik dari lagu Joe Flizzow, Sampai Jadi.


Ini captionnya:

"Sampai jadi, hari hari bikin cam pertama kali. Coco buat lagi, selagi tak sah, sampai jadi" #jingjinganjing #merahbuatabammarah #meetmattsnewpet #straydogs #ilovedogs

Seperti biasa, gambar tersebut pasti akan mengundang kritikan dari netizen. Namun, King Coco terlebih dahulu menutup ruangan komen.

Dalam pada itu, menerusi satu video, apabial ditanya tentang gambar itu, King Coco tidak mahu memberi sebarang komen lanjut.

Apabila ada yang bertanya suaminya, suami King Coco menyatakan memegang anjing tidaklah haram tetapi pegang wanita bukan mahram adalah haram

Ini komen dari suami King Coco:


Kalau ikutkan ini bukan pertama kali isu memegang anjing dikalangan selebriti.

Mungkin tidak salah untuk memegang anjing kemudian menyamak dengan cara yang betul. Tapi tindakan memuat naik gambar tersebut boleh mendatangkan fitnah.

Diimbas kembali, King Coco yang oppular dengan pelat English, telah menamatkan zaman bujang dan telah  berkahwin dengan Captain Azrin Anas, iaitu seorang ahli perniagaan.

Majlis akad nikah pasangan dilakukan di Flora Terrace at Hampshire Place pada januari 2017.

Mereka mempunyai seorang anak yang dipanggil Kyle Mateen.

Sumber: IG King Coco

Tiada ulasan