Komen Anuar Zain Apabila Ditanya Tentang Ziana Zain Dan Suaminya, Armin

Share:

Memang sudah diketahui ramai tentang isu badai dan dugaan yang sedang ditempuhi oleh penyanyi popular Ziana Zain di waktu ini.

Semuanya bermula apabila Ziana Zain sendiri membuat report polis ke atas suaminya tentang isu memukul anaknya.

Akibatnya, Armin telah pun ditahan oleh pihak polis dan didakwa kerana mendatangkan kecederaan kepada anaknya.

Apabila Ziana Zain menempuh kontroversi, ramai juga yang mahu mendengar apa kata adiknya yang juga penyanyi bersuara lunak iaitu Anuar Zain.

Sering ditanya tentang kakaknya, Anuar Zain mengambil keputusan untuk tidak memberi sebarang komen mengenai kemelut yang terjadi dalam rumah tangga Ziana dan Armin.

Kata Anuar, sebagai seorang adik dia sentiasa menyokong sebarang keputusan yang dilakukan oleh kakaknya itu.

Ini komen dari Anuar Zain tentang Ziana Zain dan juga Armin:

"Saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai isu ini kerana ia sudah menjadi kes mahkamah.

"Sebagai seorang adik saya sentiasa menyokong apa jua keputusan yang dilakukan kerana dia merupakan ahli keluarga saya.

"Namun saya juga menghormati hormati Armin sebagai abang ipar kerana dia juga merupakan sebahagian daripada keluarga saya.

"Saya berharap agar orang ramai dapat memberi ruang kepada Ziana untuk menyelesaikan masalah ini tanpa memberi sebarang tekanan kepada dirinya,"


"Orang luar tidak tahu apa yang berlaku. Jadi, saya minta netizen di luar sana tidak komen apa-apa, takut nanti suatu hari perkara itu berbalik kepada diri.

 "Jangan sesekali pandai-pandai komen sebab takut nanti terkena batang hidung sendiri. 

"Doakan yang baik-baik untuk mereka berdua kerana apapun kesudahannya, kami sekeluarga terima. Alhamdulillah, kakak saya gembira sekarang dan keluarga sangat menyokong dia," 

 Anuar Zain berkata demikian selepas selesai konsert Bunga Citra Lestari, Anuar Zain dan Yuka Kharisma Live In Concert di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada hari Sabtu yang lalu.

Selain kes tuduhan mencederakan anak lelaki mereka pada 25 Februari lalu, Ziana Zain juga telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam, awal April lalu.

Semoga segalanya baik-baik sahaja buat keluarga Ziana Zain.

Sumber: Gempak.Com

Tiada ulasan