Home Top Ad

Responsive Ads Here

Komen Fazura Tentang Foto Baby Bump Yang Tersebar

Share:
 
Pelakon popular Nur Fazura yang juga merupakan isteri kepada Fattah Amin menjadi tumpuan orang ramai dan para netizen ekoran ada dakwaan yang mengatakan dia kini sedang hamil anak pertama.

Ini gara-gara ada foto yang menunjukkan dirinya kelihatan seperti sudah ada baby bump. Fazura akhirnya tampil memberi komen untuk menjelaskan tentang isu ini.

Isteri kepada Fattah Amin ini menepis dakwaan bahawa dirinya kini berbadan dua apabila sekeping foto yang dikatakan menampakkan perubahan pada bahagian perutnya ketika menghadiri sebuah acara pertunjukan fesyen, yang menjadi tular.

Pelakon berumur 34 tahun ini berkata, perubahan fizikal yang dilihat pada foto berkenaan disebabkan potongan dan material pakaian digayakan olehnya, bukannya 'baby bump' yang menandakan dirinya sedang hamil.

Ini komen fazura:

"Ia bukan 'baby bump', sebaliknya hanya biasan kain yang saya pakai. Mungkin rekaan dan material yang digunakan menampakkan seolah-olah saya sedang hamil.

"Untuk gambaran lebih jelas, boleh lihat sendiri video yang dimuat naik di akaun Instagram kelab peminat saya, Fazbulouswarriors,"


Gambar yang dimuat naik oleh aktres berkenaan, dua hari lalu, mendapat komen positif pengikut dan netizen, yang rata-rata gembira dengan perkembangan terbarunya itu.

Kata pelakon ini, dia juga tidak akan berahsia tentang berita kehamilan kerana baginya, perkara yang baik seharusnya dikongsi bersama.

Ini jelas Fazura lagi;

"Apa pun, saya bersyukur di atas doa anda semua. Insya-Allah, jika ada khabar gembira, pasti akan saya kongsi pada masa paling sesuai,"

Sebelum ini, Fazura  juga pernah didakwa mengandung apabila mengatakan beliau mengidam selepas ditegur makan dalam kuantiti yang banyak, seperti dipaparkan dalam sebuah rakaman video.

Fazura bagaimanapun menafikan perkara itu sambil menjelaskan, beliau sekadar bergurau apabila menggunakan perkataan 'mengidam'.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November tahun lalu selepas cinta mula berputik di lokasi penggambaran drama bersiri, Hero Seorang Cinderella.

Memang ramai yang tak sabar untuk menunggu berita kehamilan Fazura.

Sumber: BHarian

No comments