Home Top Ad

Responsive Ads Here

Komen 'Pedas' Umie Aida Pasal Filem Dukun

Share:


Setelah hampir 12 tahun kini filem kontroversi yang dinantikan oleh segenap peminat filem seram iaitu Dukun sudah mula di tayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula hari ini.

Bercakap mengenai filem ini yang dibintangi oleh pelakon utamanya iaitu Umie Aida yang memegang watak sebagai Diana Dahlan yang merupakan seorang dukun.

Menurut pelakon popular iaitu  Datin Umie Aida sendiri mengakui bahawa sangat kecewa apabila segelintir pihak yang mempertikaikan penayangan filem Dukun ini yang dikatakan akan memesongkan akidah umat Islam.

Jelas Datin Umie lagi  dia turut bersedih apabila individu tersebut mengeluarkan kenyataan tanpa menonton cerita ini terlebih dahulu. Filem Dukun ini adalah dari arahan Dain Said. Komen dari Umie:-

"Adakah dengan menonton filem ini orang akan jadi dukun? Adakah mereka akan jual kebaya merah.?"

"Jika mereka orang industri dan bercakap seperti ini, saya sangat sedih. Mereka sepatutnya menonton terlebih dahulu filem ini,"

Datin Umie ditemui ketika tayangan perdana filem Dukun di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu semalam.

Dalam masa yang sama Umie Aida turut berkongsi pengalaman menjayakan penggambaran seram di Penjara Pudu 12 tahun lalu.

Pelakon jelita  ini turut mendedahkan bahawa dia nyaris mengalami histeria kerana  tubuhnya tiba-tiba menggigil kerana ketakutan ketika di bawa ke bilik gantung salam penjara tersebut.

Filem Dukun yang sebelum ini diharamkan di tayang di pawagam  pada Disember 2006 kerana  Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) telah membuat keputusan itu disebabkan jalan ceritanya yang penuh kontroversi serta menyinggung perasaan waris.

Datin Umie yang memegang watak sebagai Diana Dahlan, filen ini  turut membariskan pelakon seperti Adlin Aman Ramli, Namron, Faizal Hussein, Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Mislina Mustafa, Soffi Jikan, Hasnul Rahmat dan Elyana.

Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk menontot filem ini mari lah serbu ke pawagam yang berhampiran anda.

Sumber:Mstar Online

No comments