Home Top Ad

Responsive Ads Here

Kutipan Filem Dukun Catat Sejarah, Meletup-Letup! Ini Jumlah Hasil Kutipan Hari Pertama..

Share:
 
Khamis lalu, 5 April, filem seram yang penuh kontroversi berjudul Dukun telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Filem Dukun ini, sememangnya menjadi bualan ramai setelah tidak ditayangkan kerana beebrapa sebab.

Antaranya keganasan yang melampau, termasuk pengaruh negatif selain jalan cerita yang dikatakan dikaitan dengan kisah bomoh Mona Fandey.

Namun bermula 5 April, filem ini sudah mula menemui para penggemar filem seram.

Mesti ramai yang nak tahu bagaimana penerimaan orang ramai tentang filem ini. Adakah filem ini berjaya pada hari pertama atau sebaliknya?

Kepada yang tertanya-tanya, ini jawapannya. Filem Dukun ini telah mencatat sejarah buat syarikat penerbitannya apabila meraih kutipan tertinggi kira-kira RM1.5 juta pada hari pertama tayangannya, semalam.


Memang hebat penangan filem Dukun ini. Memang meletup-letup di pawagam!

Naib Presiden Dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, berkata jumlah yang diperoleh daripada 120 pawagam seluruh negara dan Brunei itu adalah yang tertinggi bagi filem terbitan serta edaran syarikat berkenaan.

Ini pengumuman Astro Shaw:

"Astro Shaw berbesar hati mengumumkan filem Dukun membuka tayangan hari pertama di pawagam dengan catatan manis bersama kutipan menghampiri angka RM1.5 juta.

"Kami juga menerima berita baik daripada pihak pempamer apabila adanya penambahan lokasi tayangan, dengan jumlah keseluruhan 133 pawagam setakat ini,"


Bersandarkan rekod, kutipan pembukaan filem itu hampir menyamai pungutan hari pertama KL Gangster sebanyak RM1.6 juta.

KL Gangster diterbitkan oleh Skop Productions pada 2011 mencatat sejarah kutipan filem Malaysia tertinggi.

Filem Dukun menampilkan lakonan mantap Datin Seri Umie Aida, Faizal Hussein, Namron, Bront Palarae, Hasnul Rahmat dan Elyana.

Dukun mencetuskan kontroversi sejak disiapkan 12 tahun lalu apabila kononnya ia sarat unsur ganas, khurafat dan menyinggung sensitiviti sesetengah pihak.

Ekoran kontroversi dan pelbagai spekulasi yang timbul, tayangan Dukun dikatakan ditunda beberapa tahun sebelum akhirnya menemui penonton bermula 5 April.

Sebelum ini juga, telah tersebar secara haram, video filem Dukun yang boleh dimuat turun, namun kualtinya tidak berapa baik dan ending ceritanya tergantung.

Sumber: BH

No comments