Melampau..Perangai Syaitan Betul! Peminat Ajak Nabil Check In Hotel

Share:


Selebriti Nabil Ahmad adalah antara pelawak popular yang berjaya dalam industri seni dan dia sering mendapat tawaran dalam bidang pengacaraan rancangan popular seperti gegarvaganza.

Nabil merupakan seorang yang setia dan juga seorang yang sangat mementingkan keluarganya sampaikan segala media sosial dijaga oleh isterinya itu Zira Ayub.

Menurut Nabil dia mendakwa bahawa dirinya pernah digoda peminat fanatik apabila peminat itu mengajaknya ke hotel dan paling menyedikan bila wanita itu seorang yang bertudung dan sopan. Ini komen dari Nabil:-

"Macam tak percaya pulak orang zaman sekarang, berani sungguh! Saya memang terkejut kerana ada peminat wanita fanatik yang bertudung sanggup meminta perkara yang melampau seperti itu."

"Saya juga meminta isteri memberi nasihat pada wanita itu supaya bertaubat dari perbuatannya itu dan kembali ke jalan diredai Allah."

Nabil Ahmad mengakui pernah menerima mesej di laman instagram daripada peminat wanita yang mengajaknya untuk mengadakan hubungan terlarang di hotel sebelum ini.

Dia juga memberi kepercayaan pada isteri untuk memantau akaun instagram miliknya sejak berumah tangga.

"Saya sangat sayangkan isteri, anak-anak dan rumah tangga kami".

"Sebab itu, saya akan berusaha menjauhkan diri dari perkara yang boleh menjejaskan kebahagiaan rumah tangga kami. Sudah bermacam-macam perkara yang dilalui dalam hidup dulu.

"Saya juga berjanji akan meninggalkan semua perbuatan buruk selepas berkahwin."

Apabila ditanya tentang isu poligami pula, Nabil berkata bahawa dia  tidak pernah terlintas di fikiranya untuk berkahwin lagi. Komen dari Nabil Ahmad lagi:-

"Maklumlah, saya ada dua anak perempuan dan saya tidak boleh bayangkan jika saya mempermainkan perasaan orang lain dan perbuatan buruk yang dilakukan itu akan dibalas pada anak-anak saya pula nanti."

"Saya tak kisah jika orang kata saya takut isteri. Ketika saya menjadi mat despatch dulu tiada siapapun yang memandang tetapi isteri yang menerima segala kekurangan saya itu."

"Sedangkan ada seorang isteri dan dua anak pun saya sukar untuk membahagikan masa dengan aktiviti seni yang padat, macam mana saya mahu berkahwin lagi satu?

"Saya memang tidak mampu untuk berlaku adil. Saya juga berdoa rumah tangga yang dibina ini kekal hingga ke akhir hayat."

Aduihai.. macam-macam ragam dengan peminat yang taksub dengan artis pujaan mereka ye.. Nasib baik Nabil Ahmad masih lagi dapat berfikir secara waras dan bagusnya juga bila isterinya sendiri menjaga semua laman sosialnya.

Di harap perkara yang tidak elok ini tidak akan berlaku kepada artis-artis yang lain. Sesungguhnya perbuatan itu adalah tidak bermoral dan menjatuhkan maruah sendiri malah juga maruah serta imej yang bertudung.

Sumber: Harian Metro

Tiada ulasan