Memang Sah.. Ziana Zain Dan Suaminya, Armin Sudah Tidak Lagi Tinggal Sebumbung

Share:

Kes dan status hubungan Ziana Zain dan suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, terus mencetuskan tanda tanya orang ramai dan peminta Ziana Zain.

Dalam perkembangan terbaru, mereka disahkan tidak lagi tinggal sebumbung sejak suami Ziana yang juga bekas ketua pramugara itu didakwa mencederakan anak mereka, Februari lalu.

Dakwaan Ziana sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selasa lalu, menguatkan lagi spekulasi hubungan mereka makin retak.

Ziana Zain kini tidak mahu memberikan sebarang reaksi untuk mendapatkan ulasan berhubung perkara terbabit.

Pengurus Ziana Zain memohon agar penyanyi berkenaan diberikan masa dan ruang buat ketika ini apatah lagi kes ini merupakan kes mahkamah.

Pada prosiding di Mahkamah Majistret pagi tadi, peguam pemerhati yang dilantik Ziana, Luqman Mazlan, mengesahkan anak guamnya itu dan suami, tidak lagi tinggal sebumbung.

Ini komen peguam:

"Ziana dan suami sudah tidak lagi tinggal sebumbung. Saya adalah peguam yang dilantik Ziana bagi mengikuti semua perbicaraan kes itu.

"Saya dilantik pada Mac lalu dan setiap kali kes disebut atau bicara, saya akan mengikutinya, termasuk ketika Ziana dipanggil menjadi saksi,"


Sementara itu, melalui satu laporan Berita Harian Online, ada sumber memberitahu Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain telahpun memfailkan perceraian dengan suaminya di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selasa lalu.

Difahamkan, Ziana bertindak memfailkan perceraian selepas Armin dikatakan enggan melepaskannya secara baik.

Ini antara komen dari sumber berkenaan:

"Mengikut rekod, Ziana memang ada failkan perceraian pada 3 April lalu,"

Pada 8 Mac lalu, suami Ziana Zain, Armin mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan anak lelakinya berusia sembilan tahun dengan rotan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di rumahnya di Denai Alam, yang berlaku pada 24 Februari lalu.

Ziana dan Armin mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan