"Memang saya liar.. Tidak seperti kakak saya, Emma" - Chacha Maembong

Share:

Pelakon Chacha Maembong merupakan adik kepada aktress popular iaitu Emma Maembong.

Berbeza dengan kakaknya yang memakai tudung dan sudah berhijrah, Chacha Maembong sering dilabel liar.

Dia mengakui tidak kisah dilabel liar dan dikecam netizen kerana dia tidak mahu bersikap hipokrit.

Chacha atau nama sebenar Siti Aisyah Ismail berkata dia selesa menjadi diri sendiri.

Namun Chacha memang ada berasa kesal dan kecewa apabila sering dikecam oleh segelintir netizen.

Ini penjelasan dari Chacha Maembong:

"Ya, kalau ada yang nak kata saya liar, memang saya liar. Saya tidak seperti kakak saya, Emma. Terpulanglah, itu hak masing-masing.

"Bagi saya lebih baik menjadi diri sendiri daripada hipokrit dengan imej nampak baik dan bersih. Sedangkan realiti sebenar tidak seperti itu,"


Chacha berkata dia ada juga mendapat nasihat daripada orang di sekelilingnya supaya berubah dan lebih baik lagi jika memakai tudung seperti Emma.

Ini komennya lagi:

"Saya akan bertudung apabila sampai masanya dan tolong doakan yang baik-baik saja. Itu lebih bagus.

"Sebagai manusia biasa, tidak ada sesiapa pun yang sempurna. Jadi, apa saja kecaman dilemparkan, saya terima dengan positif.

"Pada saya, sekarang ini 'pembenci adalah peminat saya'. Walaupun ada kalanya dikecam di laman sosial tetapi ada juga di antara mereka yang 'like' foto saya,"


Chacha berkata selama tujuh tahun aktif membina nama dan bakat dalam karier seni lakon, tidak dinafikan memang sering dipalit cerita sensasi.

Ini kata Chacha:

"Apapun, yang penting setakat ini keluarga saya menerima dengan baik kerana mereka sangat mengenali siapa diri saya yang sebenar.

"Jadi, sokongan keluarga adalah kekuatan saya. Saya tidak kisah pun apa saja tanggapan orang lain asalkan keluarga saya tahu apa sebenarnya berlaku,"


Pada hujung Januari lalu, Chacha dan rakan baiknya, Didi Astilah dilaporkan terbabit kemalangan jalanraya di Jalan Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi dan dikatakan mereka berdua keluar makan bersama rakan.

Kemalangan itu mengakibatkan kereta dipandu oleh Chacha Maembong rosak teruk.

Akibat kemalangan itu dia kini trauma memandu dan selesa bergerak ke mana saja menggunakan kenderaan awam atau ditemani pengurusnya.

Oleh kerana kejadian berlaku jam 2 pagi di Bukit Bintang, ada netizen dan makcik bawang yang mempersoalkan mengapa dia berada di sana di awal pagi sebegitu.

Sumber: Harian Metro

Tiada ulasan