Home Top Ad

Responsive Ads Here

MENGAIBKAN! Neelofa Kena Perli Sinis Secara Terbuka Oleh Pihak Kilang

Share:

Neelofa, nama yang amat sinonim dengan beberapa isu dan kontroversi sepanjang tahun 2018. Lepas satu isu beransur hilang, satu lagi pula yang mendatang.


Tahun ini memang penuh nama Neelofa di laman emdia sosial dengan beberapa kontroversi dan gosip hangat.

Namun isu yang panas pada tahun ini sudah tentu kes perlancaran tudung koleksi terbarunya disebuah kelab terkemuka di Malaysia.

Neelofa telah mencetus satu fenomena dan mendapat hentaman hebat daripada rakyat Malaysia kerana kesilapannya melancarkan koleksi tudung terbaru di sebuah kelab yang terkenal di Kuala Lumpur, sehingga kini orang ramai masih sukar melupakan peristiwa tersebut.

Tetapi baru-baru ini melalui sebuah blog hiburan iaitu Hangat.Com ada menunjukan keberanian melampau dari satu kilang kosmetik yang secara terbuka telah memerli sinis kepada pengacara MeleTOP ini.

Ini laporan dari Hangat.Com:

"Umumnya, visual dari Billboard ini dimiliki oleh sebuah syarikat tempatan. Syarikat yang terkenal dengan melahirkan usahawan kosmetik dan penjagaan kulit di bawah label sendiri ini dikenali sebagai JenamaSendiri.com. Mereka memasang papan tanda (billboard) ini seolah-olah mengaibkan nama pelakon dan usahawan muda Neelofa.

"Hangat.com terlihat papan tanda itu dipasang di tepi Lebuhraya Persekutuan KL-Selangor. Dengan jelas papan tanda itu memaparkan imej rekaan sampul surat berwarna kuning seolah-olah ditujukan kepada Neelofa tapi menggunakan nama Lofa.
 

"Ini tulis iklan ini: 'Dear lofa (merujuk nama timangan Neelofa), Sesungguhnya Zoo Lebih mulia daripada Zouk. Dakwah Ikhlas dari Jenamasendiri.com'

Ini fotonya yang dikongsi oleh Hangat.Com:



Tindakan pihak ini membuat iklan seperti ini telah menyebabkan ramai yang tidak berpuas hati dan mempersoalkan perlukah melakukan sesuatu seperti ini. Ianya seperti mengaibkan Neelofa.

Mungkin ia sebahagian daripada marketing strategi mereka, namun gurauan atau troll ini agak melampau dan secara tidak langsung mencemar nama baik Neelofa.

Namun begitu, sekirannya papan iklan ini sudah dipersetujui oleh tuan punya badan tiada masalah.

Sumber: hangat.com

No comments