Home Top Ad

Responsive Ads Here

"Mereka pijak... Ia melampau!" - Lisa Surihani

Share:
 
Lisa Surihani merupakan pelakon yang amat popular di Malaysia.

Terkenal dengan personaliti ceria dan sentiasa melontarkan senyuman manis, Lisa Surihani menyimpan satu kisah duka yang amat sukar untuk dilupakan olehnya.

Walaupun hidupnya kini dipenuhi kasih sayang bersama keluarga tercinta terutama suami, Yusry Abdul Halim dan dua cahaya mata, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne tetapi sebenarnya Lisa pernah dibuli di sekolah begitu meruntun hati.

Hanya Tuhan saja yang tahu betapa peritnya apa yang dialami Lisa, apabila pengalaman pahit itu mempunyai kaitan dengan bapanya, Allahyarham Mohamed Mahbob, yang meninggal dunia sedekad lalu akibat penyakit barah.

Lisa Surihani telah berkongsi kisah duka itu. Katanya semasa zaman persekolahan, Lisa Surihani berkata, guru meminta setiap pelajar membuat satu tugasan bersama dengan salah seorang ahli keluarga.

Lisa Surihani membuat projek berkenaan dan dia telah memilih untuk melakukannya bersama bapanya.


Namun satu pengalaman buruk yang berlaku terhadap projek itu:

"Satu hari, saya datang ke sekolah dan melihat projek yang dihasilkan bersama arwah ayah, dipijak dan dibuang dalam tong sampah. Ia melampau!

"Saya masih ingat lagi ayah begitu bersemangat untuk menghasilkan projek itu bersama-sama. Ia sesuatu yang sangat peribadi buat saya,".


Isteri kepada Yusry ini memberitahu kejadian ini dengan nada yang amat sebak.

Lisa menganggap tindakan itu keterlaluan, ibarat melukakan hati bapanya, sehingga satu tahap personalitinya berubah menjadi seorang yang sangat lemah dan tidak yakin pada diri sendiri.

Namun lama-kelamaan pengalaman dibuli itu membina kekuatan dalam diri Lisa Surihani untuk bersikap lebih positif dan matang.

Oleh itu, Lisa Surihani kini memberi sokongan penuh terhadap kempen anti buli.

Lisa Surihani merupakan salah seorang selebriti tempatan yang berkongsi pengalaman dibuli menerusi Karnival #StandTogether diperkenalkan oleh R.AGE di Pusat Konvensyen Setia City di Shah Alam pada 15 April ini.

Acara yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran kepada orang ramai.

Sumber: mStar

No comments