"Mula-mula anak didiagnosis autisme, rasa sebak, terasa bagai langit akan runtuh" - Catriona Ross

Share:

Pelakon Catriona Ross telahpun berkahwin dengan suaminya bernama Shaharuddin Mokhtaruddin pada tahun 2009 dan kini merupakan ibu kepada tiga orang anak yang masih kecil dan salah seorangnya adalah autisme.

Catriona merupakan berdarah kacukan Melayu-Scottish dan lahir di Kelantan ini tetap redha memiliki anak syurga ini walau pada mulanya seakan tidak mampu menerima ketentuan dari Tuhan.

Ini pendedahan dari Catriona Ross:

"Apa yang boleh saya gambarkan ketika mula-mula anak didiagnosis autisme adalah sebak, sedih dan terasa bagai langit akan runtuh. Saya harapkan itu bukan cerita yang sebenar. Saya dan suami berjumpa beberapa orang Pakar untuk mengesahkan dan ternyata setelah pertemuan yang ketiga, kami terpaksa mengiakan. Saya cuba bangun daripada kerusi tapi macam tidak terdaya. Dunia saya jadi gelap dan hanya mampu menangis."

"Lama juga saya down selepas menerima berita tersebut. Setiap hari menangis tapi saya cuba untuk buat research dan baca tentang apa yang perlu dibuat dan apakah next step. Tiba-tiba saya teringat Fynn Jammal lalu saya hubungi dia untuk bercerita dan minta pandangan. Dia banyak menghulurkan bantuan ketika saya sangat memerlukan ketika itu"

Jammal Raess Ross-Iddin Shaharuddin merupakan nama aank Catriona Ross yang disahkan mempunyai autisme.

Menurut Catriona Ross sebelum mempunyai anak autisme dia hanya kenal perkataan autisme tanpa ilmu yang mendalam.

Kemudian apabila anaknya disahkan mempunyai autisme, barulah Catriona Ross mendalami autisme dengan sepenuhnya.

Ini komen Catriona Ross;

"Setelah disahkan (autisme), saya baca secara terperinci dan mendalam. Saya habiskan masa dua bulan pertama membaca berbagai-bagai forum antarabangsa, laporan, jurnal dan artikel. Terdapat juga buku-buku yang berkaitan saya beli dan baca. Semuanya demi melengkapkan diri untuk membesarkan Raess tersayang."

"Jika berlaku meltdown memang kelam-kabut sikit tetapi jarang-jarang berlaku. Namun jika berlaku di khalayak ramai, selalunya saya cepat-cepat minta maaf dan berterus-terang, anak saya autisme. Biasanya mereka angguk tanda faham dan memberi isyarat dengan tangan bererti tak apa. So far people around me has been kind dengan body language yang begitu. Saya bersyukur sangat."

Kata pelakon ini lagi, sebagai selebriti yang dikenali dan mempunyai anak autisme, telah timbul rasa tanggungjawab untuk sama-sama tingkatkan kefahaman tentang anak autisme supaya masyarakat sama-sama faham fasal autisme.

Semoga Catriona Ross terus kuat dalam menjaga anaknya itu yang merupakan anak syurga.

Sumber: Majalah Nona

Tiada ulasan