Mungkin Dia Takut Filem Dukun Mengancam Kedudukannya - Sindir Faizal Hussein, Setepek Kena

Share:

Filem Dukun kini sedang menjadi viral dan terus menjadi buah mulut orang ramai dan peminat industri hiburan.

Mana taknya, selepas 12 tahun filem itu siap dibuat, akhirnya filem Dukun telah dibenarkan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini.

Namun begitu, khabarnya ada banyak isu berbangkit terjadi dalam usaha filem tersebut dibawa ke layar perak.

Malah antara yang menjadi bualan adalah dakwaan mengatakan jalan ceritanya boleh memesongkan akidah. Fuh amat berat tuduhan tu.

Melalui laporan dari portal Media Hiburan, salah seorang pelakon utama filem Dukun iaitu  Faizal Hussein tampil memberi kenyataan dan dengan tegas menyangkal dakwaan tersebut.

Ini penjelasan dari Faizal Hussein:

"Kalau anda tengok filem ini, boleh nampak sama ada ia memesongkan akidah atau tidak. Pada saya, biasalah bila satu cerita yang hebat, orang akan takut.
 

"Mungkin takut jika filem tersebut boleh mengancam kedudukannya dalam mana-mana anugerah akan datang kan.
 

"Tapi pada saya, semua ini rezeki daripada ALLAH SWT, dan sudah ditentukan bahawa 5 April (hari ini) Dukun dapat temui penonton di pawagam jadi kita ikut ketentuan itu"

Faizal Hussein berkata demikian ketika ditemui di Tayangan Ekslusif Dukun bertempat di TGV KLCC.

Dalam pada itu, Faizal turut memberikan pandanganya mengenai filem itu yang bocor di media sosial baru-baru ini.

Filem Dukun ni dapat ditonton oleh orang ramai namun dikatakan ada adegan yang tidak penuh dan ceritanya tergantung.

Ini penjelasan dari Faizal Hussein:

"Saya selalunya fikir positif dan bila terjadinya perkara itu (bocor) buatkan saya terfikir sama ada ia merupakan strategi pemasaran atau memang terbocor.

"Tapi kalau tengok filem yang bocor tu, babak akhirnya tergantung jadi mereka yang tonton filem ini di pawagam akan lebih faham keseluruhan jalan cerita.

"Cuma pada saya, kalau nak lebih puas hati kena tengok lah filem ini di pawagam"


Dukun berkisarkan seorang bomoh yang dikatakan membunuh dan diburu pihak berkuasa.

Filem ini mula ditayangkan bermula 5 April ini dan diramalkan bakal menjadi hits dan box office.

Sumber: Media Hiburan

Tiada ulasan