Home Top Ad

Responsive Ads Here

Ogy Nak Jumpa Aiman Tino

Share:


Viral seketika apabila isu penyanyi remaja Aiman Tino telah ditampar oleh pelakon Fazlina Ahmad Daud melalui  satu babak lakonan  dalam drama bersiri Mak Cun musim keempat yang telah mendapat perhatian kakak pelakon tersebut iaitu Fauziah Ahmad Daud  atau lebih mesra dengan dikenali sebagai Ogy.

Ogy turut berkata, dia berang  apabila nama adiknya itu  terpalit dengan gosip kontroversi tersebut dan berkata dia mahu bertemu dengan Aiman Tino serta dengan  pihak pengurusannya yang mendakwa  tidak berpuas hati dengan Fazlina adiknya itu. Ini komen dari Ogy:-

"Saya hantar mesej kepada Baby (Fazlina) dan bertanya apa sebenarnya berlaku dan bertanya kepada dia sejak bila pula dia jadi guru lakonan? "

"Saya tidak suka adik saya dikaitkan dengan perkara sebegitu dan ingin tahu cerita sebenar daripada pihak mereka tapi Baby melarang saya dan ingin selesaikan sendiri perkara itu,"

"Apabila dia menjelaskan situasi sebenar saya jadi marah dan ingin berjumpa dengan Aiman dan pihak pengurusannya yang dikatakan tidak berpuas hati dengan kejadian itu."

Kini, nama Fazlina telah hangat diperkatakan bila peminat Aiman Tino marah dengan tindakannya menampar penyanyi lagu popular Ku Rela Di Benci itu sampaikan  pihak pengurusannya juga tidak berpuas hati dan mahu mengambil tindakan undang-undang.

Menurut Fazlina lagi dia  menegaskan bahawa apa dilakukan untuk tujuan bagi memastikan Aiman Tino dapat memberikan yang terbaik dan waktu ketika babak itu dilakukan dia juga telah menggunakan teknik bagi membolehkan Aiman Tino mengeluarkan emosi sepatutnya.

Menurut penyanyi itu sendiri dia menjelaskan bahawa dia  tidak pernah menjadikan perkara itu sebagai isu dan tidak berniat utntuk mengambil sebarang tindakan seperti yang didakwa di media sosial malah berterima kasih kepada Fazlina yang banyak membantunya di set penggambaran.
Lagi komen dari pihak Ogy:-

"Ketika saya bertanya kepada Baby mengenai perkara ini saya beritahu dia jangan malukan arwah ibu bapa kami. Saya memang menjaga mengenai perkara itu. "Saya kenal adik saya dan apa yang berlaku bukan seperti yang digembar-gemburkan malah saya bertanya sendiri kepada pengarah dan penerbitnya, Erma Fatima".

"Erma Fatima juga berada di lokasi tentang situasi sebenar. "Erma sendiri mengesahkan kepada saya tiada apa-apa yang berlaku di set malah hubungan Aiman dan Baby okay sahaja cuma isu itu diperbesar-besarkan,"

Tambahan pula, Ogy berkata, dia berasa sedih dan sensitif mengenai isu melibatkan adiknya itu sebab ia turut mengaitkan nama ibu bapa mereka yang merupakan  pelakon era 1950-an, Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah.

Kata Ogy lagi sepanjang penglibatannya dalam industri seni lakunan dia sentiasa memastikan akan menjaga nama baik ibu bapa mereka. Semoga pihak Ogy dan juga Aiman Tino dapat menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera.

Sumber : Mstar

No comments